Coca-Cola Kurang Manis
SINGAPURA: Tujuh syarikat minuman terkemuka termasuk Coca-Cola dan PepsiCo akan mengurangkan kandungan gula dalam jualan minumannya di Singapura, sebagai antara kempen memerangi diabetes di negara itu.
Singapura antara negara pertama di Asia yang menyasarkan pengurangan gula dalam minuman, selari usaha negara barat untuk mengurangkan risiko kesihatan berkaitan gula.
Ia dilaksanakan menerusi beberapa cukai dan label amaran.
Di peringkat global, kebanyakan firma minuman sudah bersaing untuk mengurangkan kandungan gula dan memperkenalkan lebih banyak pilihan bagi memenuhi keperluan pengguna yang semakin mementingkan faktor kesihatan.
Kementerian Kesihatan Singapura dipetik sebagai berkata, tujuh firma berkenaan sudah menandatangani ikrar industri untuk mengurangkan kandungan gula lebih 12 peratus daripada portfolio minuman manis mereka menjelang 2020.
Selain Coca-Cola dan PepsiCo, syarikat lain termasuk F&N Foods, Malaysia Dairy Industries, Nestle, Pokka [POKKA.UL] dan Yeo Hiap Seng.
Coca-Cola menerusi emelnya kepada Reuters berkata, sebagai tambahan kepada komitmen mereka terhadap industri berkenaan, Coca-Cola Singapura akan mengurangkan kandungan gula dalam portfolio minumannya sebanyak 10 peratus menjelang 2020.
"Kami akan menawarkan lebih banyak minuman baharu yang mempunyai kandungan gula rendah atau tiada gula tambahan," katanya.
Menurut firma penyelidikan Euromonitor, penggunaan gula setiap hari dalam minuman ringan di Asia Pasifik didapati meningkat sejak 2010 kepada 6.08 gram pada 2016, manakala di Singapura merekodkan penggunaan 11.99 gram sehari.
Namun, penggunaannya didapati lebih rendah di Eropah dan Amerika Syarikat. - Reuters
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vekk4Y
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment