Hi! Welcome Back and Stay Tune! Serbuan SPRM Tak Pilih Bulu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Serbuan SPRM Tak Pilih Bulu


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak sesekali memilih bulu, dalam membuat serbuan atau pendakwaan kes rasuah di negara ini, tegas Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad.

Sebaliknya, Dzulkifli berkata, setiap tindakan penguatkuasaan SPRM dilaksanakan selepas menyiasat dan meneliti laporan berhubung kewujudan elemen rasuah dan salah guna kuasa oleh pihak tertentu.

"Setiap siasatan yang dijalankan mesti ada laporan dibuat. Selepas laporan itu dikaji serta diteliti dan kita berpuas hati ia memiliki asas kukuh, barulah SPRM akan mengambil tindakan.

"Tindakan itu pelbagai, kadang-kadang kita laksanakan secara risikan, terus mengambil tindakan dengan membuat sitaan dokumen atau membuat tangkapan jika ada bukti kukuh.

"Kita tidak memilih. Kalau ada mana-mana laporan dibuat dan ia mempunyai asas kukuh bagi kita menyiasat, kita akan siasat dan ambil tindakan, namun tidak boleh bertindak pada semua suspen secara serentak," katanya pada sidang media pelancaran teater Bahara Emas di Istana Budaya (IB) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemampuan SPRM kekal neutral dalam tindakan yang diambil, antaranya seperti serbuan terhadap Universiti Selangor (UNISEL) di Shah Alam dan Bestari Jaya, semalam.

Susulan serbuan itu, Pengarah Komunikasi Strategik, Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong, mendakwa Kerajaan Selangor kecewa dengan serbuan terbabit dan mendakwa ia adalah tindakan terancang bertujuan menjejaskan imej kerajaan negeri.

Dzulkifli berkata, SPRM akan hadir dan membantu jika wujud dakwaan rasuah dan salah guna kuasa yang mengakibatkan rakyat sengsara, seperti yang dilakukan di Pulau Pinang dan Pahang.

"Kes di Pulau Pinang membabitkan pencemaran alam, kes di Pahang membabitkan bauksit. Ini adalah hasil daripada rintihan masyarakat itu sendiri, maka SPRM datang.

"Ini (tindakan di kedua-dua negeri) berlaku kerana di sana ada isu rasuah dan salah guna kuasa yang perlu disiasat dan diambil tindakan," katanya. - BH


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xbx2mw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.