Polis Terima Laporan Penulis Politik Akhbar Tamil Dipukul
IPOH – Polis hari ini mengesahkan menerima laporan daripada penganalisis dan penulis politik akhbar Tamil yang mendakwa dipukul oleh sekumpulan lelaki di Buntong di sini semalam kerana menulis beberapa artikel yang menyokong pemimpin pembangkang.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong dalam satu kenyataan berkata polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.
Menurut laporan sebuah portal berita, KS Muthukrishnan, 69, yang lebih dikenali sebagai ‘Melaka’, penulis sambilan di sebuah akhbar, diserang kira-kira pukul 10.30 pagi ketika mengambil sarapan.
Laporan itu menyebut tiga individu berketurunan India mendekati Muthukrishnan dan memakinya menggunakan kata-kata kesat supaya tidak lagi menulis artikel yang menyokong pemimpin pembangkang sebelum menumbuk muka mangsa sehingga berdarah.
Mangsa mengalami kecederaan di muka serta badan dan menerima rawatan di sebuah hospital di sini. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xrGce0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment