Telefon 4 Kamera Huawei Dikenali Sebagai Nova 2i – Akan Hadir Pada September Dengan Panel 18:9
Huawei hari ini telah berkongsi lanjut mengenai telefon pintar akan datang mereka dibawah keluarga Nova, iaitu dikenali dengan nama Huawei Nova 2i. Seperti penggunaan gambar acah sebelum ini, Huawei turut mengesahkan yang mana Nova 2i ini akan hadir dengan dua kamera di hadapan, dan dua dibelakang. Peranti ini dijangka menggunakan lensa gabungan rakaman biasa dan lensa rakaman luas pada bahagian hadapan dan juga belakang.
Wakil Huawei yang berkongsi dengan kami mengatakan Nova 2i ini dikenali dengan nama kod “mini-S8” secara dalaman, dimana ia menawarkan panel dengan nisbah resolusi 18:9 seumpama pada Galaxy S8, dan tiada sebarang paparan logo dihadapan. Dengan rekaan panel seperti ini, ia turut dijangka hadir dengan bingkai yang nipis berbanding beberapa peranti lain di pasaran hari ini.
Spesifikasi penuh untuk telefon pintar ini masih belum diketahui lagi buat masa ini, tetapi dengan diletakkan dibawah keluarga Nova, kita boleh menyasarkan Nova 2i ini membawakan spesifikasi pertengahan-atas.
Wakil Huawei mengatakan ia akan berharga dibawah RM2,000 dan bakal dilancarkan pada bulan September 2017 ini di Malaysia.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vernuG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment