Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gadis Cantik Ni Sanggup Bogel Team Polo Menang? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gadis Cantik Ni Sanggup Bogel Team Polo Menang?


Sebelum ini, kita digemparkan dengan gadis yang dikatakan pecah ovari selepas dapat bersemuka langsung dengan Putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah.

Sekali lagi tular seorang gadis cantik yang mencuri perhatian netizen berkaitan juga dengan posting berbaur lucah di laman media sosial yang turut berkait dengan perlawanan polo berkuda Sukan SEA antara Malaysia dan Brunei.

Lala Rahim atau nama sebenarnya, Nurul Adilla Abd Rahim telah memuat naik satu kenyataan di akaun twitter bahawa dia bersedia berbogel sekiranya team polo berkuda Malaysia berjaya menewaskan Brunei.

“Aku rasa team polo Malaysia menang, sebab diorang memang terer. Malaysia menang aku bogel!,” tulisnya penuh keberanian.

Perlawanan itu adalah acara yang ditunggu-tunggu oleh ramai gadis berikutan pertarungan tersebut merupakan pertembungan antara dua pasukan yang melibatkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Putera Brunei, Prince Mateen.

Keputusan acara Polo Ekuestrian di Putrajaya pada Selasa lalu nyata telah berpihak kepada team Malaysia apabila berjaya mengalahkan Brunei dengan keputusan 12-4.

Apa lagi… ramai la yang mula menuntut agar gadis berkenaan melaksanakan janjinya.

Berdasarkan tinjauan MYNEWSHUB, kenyataan itu bagaimanapun telah dipadam oleh gadis tersebut beberapa jam selepas dimuat naik.

Gadis itu kemudian menjelaskan keadaan sebenar bahawa apa yang ditulisnya itu hanyalah sekadar gurauan semata dan dia tidak berniat langsung untuk melakukan tindakan tidak bermoral itu.

“Saya tak sedar gurauan saya ini dianggap sesuatu yang serius. Perkataan ‘bogel’ itu bukan bermakna saya akan betul-betul nak bogel pun.

“Ia juga bukan satu taruhan kalau pasukan Malaysia menang atau kalah. Ia bukan sesuatu yang disengajakan,” katanya lapor mStar Online.

Tambahnya lagi, dia tidak menyangka kenyataan gurauan tersebut boleh menimbulkan rasa yang kurang senang dalam kalangan orang ramai.

“Saya akui perkataan ‘bogel’ itu agak sensitif dan saya mohon maaf sekiranya ada yang salah faham di atas kenyataan itu,” katanya dengan nada sesal.

Akibat daripada tindakan kurang bijaknya itu, kini Lala diminta agar bersikap lebih berhati-hati dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan di laman sosial pada masa akan datang.

Hmmm… ada benda yang mungkin gurauan bagi kita tapi tidak pada pandangan orang lain.

Lepas ni berfikir dulu lah ya sebelum menaip mahupun bercakap sekali pun agar tak memakan diri kelak!– MYNEWSHUB/AmyMaizura


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wE6z34

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.