Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jackie Wong pecah rekod Sukan SEA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jackie Wong pecah rekod Sukan SEA


KUALA LUMPUR: Atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong Siew Cheer memperbaharui rekod Sukan SEA dan rekod kebangsaan miliknya sendiri selepas melakukan balingan sejauh 65.90 meter (m) sekali gus memenangi pingat emas buat kontinjen negara.

Rekod temasya Sukan SEA sebelum ini dipegang atlet Filipina, Caleb Stuart dengan catatan 65.63m yang dilakukannya pada temasya dua tahun lalu di Singapura, manakala rekod kebangsaan pula 65.34m yang dilakarnya pada Kejohanan Olahraga Korea pertengahan tahun ini.

Malah, kemenangan Jackie Wong itu juga menamatkan kemarau emas selama 16 tahun dengan kali terakhir dimenangi Wong Tee Kui pada 2001.

Pingat perak menjadi milik peserta Thailand, Kittipong Boonmawan yang mencatat 65.49m, manakala gangsa diraih wakil Filipina, Ferrera Arnil dengan balingan 55.94m.

Kejayaan atlet dari Sarawak itu membolehkan Malaysia menambah pingat emas ketiga dari acara olahraga yang baru membuka gelanggangnya semalam. - BHOnline



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xrUE5U

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.