Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bumbung Garaj Runtuh, 9 Kenderaan Rosak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bumbung Garaj Runtuh, 9 Kenderaan Rosak


Sembilan kereta di tempat letak kenderaan Jabatan Laut Sabah di Sepanggar, Kota Kinabalu, terjejas selepas bumbung garaj berkenaan runtuh akibat angin kencang, 9.30 pagi, hari ini.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua pemilik kereta berada di dalam bangunan jabatan berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian, lebih 20 kereta kakitangan jabatan berkenaan di kawasan berkenaan.

Seorang kakitangan jabatan berkenaan yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, dia berada di luar bangunan dan keadaan angin kuat sehingga ada bumbung mula tertanggal.

"Tidak lama selepas itu, saya terdengar dentuman kuat dan terkejut apabila bumbung garaj runtuh.

"Saya dan beberapa kakitangan jabatan segera memeriksa dan mendapati ada beberapa kereta terjejas akibat terkena bumbung yang runtuh," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Bagaimanapun katanya, kereta miliknya di kawasan itu tidak mengalami kerosakan.

Sementara itu, Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamata (BBP) Kota Kinabalu berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 10.15 pagi, sebuah kenderan dengan kekuatan empat anggota dikerah ke lokasi kejadian.

"Anggota kini sedang menjalankan pemantauan di lokasi kejadian," katanya.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ipZrSA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.