Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dembele Pemain Kedua Termahal Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dembele Pemain Kedua Termahal Dunia


MADRID: Ousmane Dembele mungkin muncul pemain kedua termahal dalam sejarah ketika laporan mendakwa Barcelona akhirnya bersetuju dengan perjanjian yang boleh meningkat kepada 150 juta euro (RM756 juta) terhadap pemain berusia 20 tahun yang mahu berpindah itu.

Menurut laporan media di Sepanyol, Perancis dan Jerman, Barca bersedia memecah rekod pembelian pemain mereka dengan tawaran asal 120 juta euro (RM605 juta) selain tambahan 30 juta euro (RM151 juta).

“Kami semakin hampir membuat satu keputusan walaupun ia belum muktamad lagi,” kata pengarah urusan Dortmund, Hans-Joachim Watzke sekali gus menafikan dakwaan perjanjian sudah dimeterai antara pengarah kedua-dua kelab itu ketika majlis undian Liga Juara-Juara di Monaco, awal pagi tadi.

“Kami bukannya kelab yang berurusan secara khalayak, kami hanya boleh menyatakan tiada sebarang perjanjian konkrit.”

Dembele, yang menyertai Dortmund dengan harga 15 juta euro (RM76 juta) dari Rennes tahun lalu, digantung oleh Dortmund sejak dia memboikot latihan pada 10 Ogos lalu kerana memprotes selepas kelab Jerman itu menolak bidaan pertama Barca.

“Kelab ini bekerja rapat dengan pemain dan apabila ada keputusan muktamad kami akan membuat pengumuman rasmi menjelaskan situasi itu,” kata pengurus besar Barca, Pep Segura.

Akhbar Jerman, Bild melaporkan Dortmund mungkin akan membuat pengumuman rasmi petang ini.

Akhbar sukan berpangkalan di Barcelona, Mundo Deportivo mendakwa Barca berharap memperkenalkan Dembele di Nou Camp pada Ahad atau Isnin ini.

Kemelut itu turut menjejas tempat Dembele dalam skuad Perancis bagi aksi kelayakan Piala Dunia menentang Belanda dan Luxembourg minggu depan.

“Ousmane tidak berlatih selama dua minggu dan dia menanti sama ada perpindahan itu akan berlaku atau sebaliknya,” kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps.-AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vtRjBM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.