Dua maut dihempap kren
mohd.rizal@hmetro.com.my
DUA termasuk wanita maut dihempap kren yang terbalik di tapak perumahan di Jalan Capital Garden, Kota Samarahan, hari ini.
Dalam kejadian 3.50 petang itu, mangsa Muhammad Bake,49, dan Helen Suma Gilbert, 40 meninggal dunia di tempat kejadian.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.55 petang berhubung kejadian itu.
Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan kemudiannya dikerahkan ke lokasi.
"Setibanya ke lokasi mendapati mangsa wanita masih tersepit di bawah batang kren berkenaan.
"Pihak bomba kemudiannya terpaksa menggunakan bantuan dua jentolak bagi mengalihkan batang kren berkenaan," katanya.
Katanya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. -nst
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vYNfO3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment