Konvoi Jelajah Kemerdekaaan Ke-60 Yamaha E115M 'Takluk' Sandakan
SANDAKAN: Kami tiba di Sandakan setelah melalui perjalanan selama 5 jam bermula dari Tawau dengan jarak 319 km, demikan kata ketua konvoi Nurasiman Simon.
Menurutnya, perjalanan konvoi semalam telah disambut oleh Kelab LC Sandakan (KLCS) pada kilometer 32 sebelum berkonvoi bersama-sama menuju ke Sandakan.
"Sambutan yang dilakukan oleh KLCS terhadap konvoi kami amat mengharukan.
"Ketibaan kami disambut pada kilometer 32 dan kami turut berkonvoi bersama-sama menuju ke Sandakan.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada KLSC dan LC Tawau Club (LCTC) yang telah membantu kami di Tawau semalam," katanya
George Marcella Bana pula memberitahu bahawa perjalanan hari ini agak mencabar lantaran badannya sudah mula menunjukkan tanda-tanda keletihan.
"Bahagian belakang saya sudah mula merasa sakit ditambah dengan keadaan cuaca yang panas hari ini.
"Hari ini, perjalanan kami dilakukan dengan berhati-hati kerana banyak treler dan lori besar menggunakan jalan yang sama," ujarnya
George turut memberitahu keadaan motosikal mereka yang masih kekal bertenaga untuk meneruskan perjalanan walaupun dengan keadaan jalan yang berlubang-lubang.
Hari ini, perjalanan konvoi Jelajah Kemerdekaan akan meneruskan perjalanan menuju ke Kundasang dan mereka akan bermalam di sana.
"Kami mensasarkan untuk tiba di Kundasang pada tengah hari supaya dapat berehat dengan lebih lama berbanding hari-hari sebelum ini," tambahnya. - Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fzBd7q
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment