Hi! Welcome Back and Stay Tune! Duterte Gelar Presiden Korea Utara Bodoh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Duterte Gelar Presiden Korea Utara Bodoh


MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte semalam menyifatkan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un sebagai ‘bodoh,’ beberapa hari sebelum Manila menjadi tuan rumah mesyuarat antarabangsa untuk membincangkan ujian peluru berpandu rentas benua Pyongyang.

Duterte tidak teragak-agak ketika mengecam Kim yang dikatakannya ‘bermain dengan permainan berbahaya.’

Korea Utara bersungguh-sungguh mahu membangunkan peluru berpandu yang boleh dilengkapi peledak nuklear dan mampu menjejaki Amerika Syarikat.

“Kim Jong Un ini memang bodoh... dia bermain dengan permainan yang berbahaya. Itu memang bodoh. Dia nampak baik. Tetapi dia bodoh. Jika dia melakukan satu kesilapan, rantau Timur Jauh ini akan musnah. Saya tidak tahu apa akan terjadi dengan kita,” kata Duterte ketika berucap di satu majlis.

Duterte ialah pengerusi ASEAN tahun ini dan Isnin depan menteri luarnya akan menjadi tuan rumah Forum Serantau Asean yang akan dihadiri oleh wakil dari 27 negara, termasuk Australia, China, India, Jepun, Russia, Korea Selatan, Korea Utara dan Amerika Syarikat.

Ini bukan kali pertama Duterte mengecam Kim berkait dengan cita-cita nuklearnya. April lalu, dia mempersoalkan kewarasan Kim dan menggesa Amerika Syarikat bersabar dan tidak terperangkap dengan pemimpin Korea Utara itu yang disifatkannya sebagai ‘lelaki yang mahu menghancurkan dunia.’-Reuters


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hpc9R3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.