Hi! Welcome Back and Stay Tune! MARINA MAHATHIR: JMM MUNGKIN TAK ADA KERJA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MARINA MAHATHIR: JMM MUNGKIN TAK ADA KERJA

Aktivis Datuk Marina Mahathir berkata beliau belum dihubungi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) susulan gesaan sebuah NGO prokerajaan supaya akidahnya diperiksa.

Beliau juga pelik dengan laporan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) terhadapnya semalam.
“Saya rasa mereka ini tidak tahu bagaimana hendak habiskan masa dan mahu buat orang susah.
“Mereka ini pasti datang daripada sekolah politik Trump,” katanya ketika ditemui dalam sebuah persidangan pemberdayaan wanita di Kuala Lumpur hari ini.

Kerana menekan satu ‘like’ pada status berkaitan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Twitter, Marina semalam ‘dibawa’ ke JAWI.
Ketua Pengarah JMM Wilayah Persekutuan Faizan Mohd Nor menggesa badan itu menangkap serta memeriksa akidah anak bekas perdana menteri itu.

Ditanya sama ada beliau merasakan laporan itu sebahagian daripada kempen memburuk-burukkan beliau dan bapanya, Marina berkata beliau tidak bimbang langsung berkaitan perkara itu.

“Beliau (Mahathir) sudah veteran, beliau tahu cara tanganinya,” kata Marina yang lebih bimbangkan keadaan kesihatan bapanya.

Mahathir baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya ke-92 baru-baru ini.

Laporan JAWI terhadap Marina itu dibuat selepas bapanya menyerang balas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang membangkitkan isu keturunan India Mahathir.

– M’kini

.

 



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hpch2Z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.