Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hamid Bugo Dilantik Pengerusi Petros - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hamid Bugo Dilantik Pengerusi Petros


KUCHING: Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Hamid Bugo secara rasmi telah dilantik sebagai pengerusi syarikat minyak dan gas milik Sarawak iaitu PETROS, umum Pejabat Ketua Menteri Sarawak hari ini.

Hamid Bugo adalah bekas Setiausaha Negeri dan beliau pernah berkhidmat di LNG Sdn Bhd Bintulu.

Selain beliau, ahli lembaga lain yang dilantik pula adalah Dato Mohammad Medan Abdullah, Sharbini Suhaili, Ir Tuan Haji Zuraimi Haji Sabki dan Heng Hock Cheng.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg yakin senarai ahli lembaga yang dipilih adalah layak sepenuhnya memandangkan mereka mempunyai pengalaman dalam bidang minyak dan gas.

Pelantikan ahli lembaga yang berwibawa akan memastikan PETROS menggerakkan langkah strategik serta beroperasi dengan kukuh dalam mencapai matlamat yang dimaksudkan.

Objektif utama penubuhan syarikat minyak sendiri oleh kerajaan negeri adalah untuk membolehkan Sarawak melibatkan diri secara aktif dalam pengeluaran minyak dan gas disamping mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dalam meningkatkan kepakaran mereka menerusi bidang minyak dan gas.

Pada masa yang sama, PETROS juga akan mejadi platform yang terbaik untuk melahirkan lebih banyak usahawan dalam menyokong pertumbuhan dan inovasi industri nilai tambah tinggi di negeri ini.

PETROS dijangkan akan beroperasi pada pertengahan tahun 2018 - Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w3OfQt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.