Hi! Welcome Back and Stay Tune! HTC Dilaporkan Mungkin Menjual Sebahagian Atau Keseluruhan Perniagaan Mereka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HTC Dilaporkan Mungkin Menjual Sebahagian Atau Keseluruhan Perniagaan Mereka

HTC yang dulunya popular dan sering dibandingkan dengan peranti keluaran Samsung, kini dilaporkan sedang melihat kepada beberapa pilihan strategik untuk syarikat mereka. Antara pilihan yang dilihat termasuk mengasingkan atau menjual bahagian realiti-maya, atau turut memilih untuk menjual keseluruhan syarikat mereka.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, ia dikatakan menjual keselurhan HTC mungkin sedikit sukar atau tidak terjadi kerana ia mempunyai perniagaan telefon pintar, pengeluaran peranti, dan juga realiti-maya – yang mana mungkin tidak diminati oleh satu syarikat yang sama.

HTC sebelum ini telah menghasilkan telefon pintar pertama Android pada 2008 yang lepas, dan hadir dengan sejumlah telefon pintar berasaskan Android yang mencuri perhatian ramai. Walaubagimanapun, sejak sekitar dua tiga tahun kebelakangan ini, peranti keluaran mereka kurang menarik minat pengguna – membuatkan pengeluar lain seperti Huawei, dan sebagainya mendahului mereka.

Pada masa yang sama, bahagian realiti-maya mereka dibawah Vive kelihatan sedikit mencuri perhatian ramai. Ia telah dilancarkan beberapa tahun lepas, dan HTC telah sedia bekerjasama dengan Valve dalam memperkenalkan peranti pertama mereka.

Buat masa ini, seperti biasa, pihak HTC tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan laporan baru ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g82XAt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.