Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ibu Maut, Bayi Parah Dalam Kemalangan Di Miri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ibu Maut, Bayi Parah Dalam Kemalangan Di Miri


Wanita berusia 23 tahun maut manakala bayi perempuannya berusia sebulan, parah apabila kereta Proton Saga dinaiki mereka bertembung dengan pikap Isuzu Dmax di Jalan Bakam, Miri, malam tadi.

Dalam kejadian 7.05 malam itu, Fatin Liyana Jafri disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital manakala bayinya, Aifa Fhanieyra Aqilla Muhammad Adeni Jeludin, masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Miri.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Deputi Superintendan Bing Kok John berkata, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu suami mangsa, Muhammad Adeni Jeludin Abdullah, 22, cuba memotong motosikal terbabas memasuki laluan bertentangan.

Menurutnya, kereta berkenaan kemudian bertembung dengan Isuzu Dmax dipandu wanita berusia 50 tahun.

“Mangsa dan suami yang tersepit, berjaya dikeluarkan pihak bomba dan orang awam," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u2kXOP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.