KPDNKK rampas LPG RM500,000
KULAI: Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 1,196 tong gas petroleum cecair (LPG) dalam serbuan serentak di dua premis di Skudai dan Ulu Tiram, dekat sini.
Serbuan kira-kira jam 3.30 petang semalam hasil maklumat orang awam dan risikan yang dijalankan sejak kira-kira sebulan lalu.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Johor, Aris Mamat, berkata kedua-dua premis itu didapati memindahkan gas domestik kepada gas industri bagi menjualnya dengan harga lebih tinggi.
Katanya, siasatan awal juga mendapati lesen kedua-dua premis itu tamat sejak tahun lalu.
"Dalam serbuan di Skudai, KPDNKK merampas 979 tong LPG iaitu 596 tong berisi LPG dan 383 tong kosong.
"KPDNKK turut merampas 216 tong LPG di sebuah premis di Ulu Tiram," katanya dalam sidang media, di sini semalam.
Aris berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu bagi individu boleh dihukum denda tidak kurang dari RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Katanya, bagi syarikat yang melakukan kesalahan pula boleh dihukum denda tidak kurang RM2 juta dan kesalahan seterusnya tidak melebihi RM5 juta.
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v0SKJy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment