Ibu Sakit …Kanak-Kanak Berusia 11 Tahun Ini Sanggup Bekerja Di Rumah Pembakaran Mayat
loading…
Ibu Sakit …Kanak-Kanak Berusia 11 Tahun Ini Sanggup Bekerja Di Rumah Pembakaran Mayat
Bagi kebanyakan kanak-kanak biasa, pada umur 11 tahun mereka masih berada di sekolah dan menjalani kehidupan seperti mana kanak-kanak menjalani kehidupannya yang normal. Mereka bermain bersama rakan-rakan dan akan mengingati hari yang gembira di zaman kanak-kanak apabila dewasa kelak.
Tetapi tidak semua kanak-kanak yang melalui zaman kanak-kanaknya dengan gembira. Ada kanak-kanak lelaki dan perempuan di luar sana yang mengharungi hari dengan kesusahan dan penderitaan di dalam hidup sejak dari usia yang masih muda lagi.
Mereka terpaksa mengharungi kepayahan membanting tulang mencari rezeki dan melupakan alam persekolahan kerana kesempitan hidup yang dialami keluarga mereka. Malah ada yang terpaksa berdepan dengan keadaan yang merbahaya demi mencari rezeki membantu keluarga.
Inilah yang dialami oleh seorang budak lelaki dari Thailand yang berusia 11 tahun, yang terpaksa bekerja di rumah pembakaran mayat kerana kesempitan hidup yang dialami oleh keluarganya.
Budak lelaki ini telah kematian bapa pada usianya masih kecil dan kesihatan ibunya tidak mengizinkannya untuk bekerja. Ibunya berpenyakit kronik dan terlantar yang memerlukan belanja yang banyak bagi rawatan perubatan dan ubat-ubatan.
Oleh kerana mahu membantu ibunya yang sakit, budak lelaki ini telah dihantar bekerja oleh ibunya di rumah pembakaran mayat yang mana sebelum ini merupakan tempat bekerja ibunya.
Tujuan budak lelaki ini sangat murni iaitu ingin membantu dan berbakti kepada ibunya dengan harapan ibunya itu akan pulih dari penyakitnya apabila dia mendapat wang membiayai kos perubatannya yang banyak.
Bayangkan perasaan yang dialami oleh seorang budak lelaki berusia 11 tahun ini apabila terpaksa melihat dan membakar mayat setiap hari. Sedangkan orang dewasa tidak sanggup melihat mayat, inikan pula seorang kanak-kanak.
Namun inilah kerja yang terpaksa dilakukannya setiap hari. Budak lelaki ini akan bekerja setiap hari menguruskan pembakaran mayat sehingga selesai menjadi abu. Kadang-kala ia akan berlarutan hingga ke malam hari. Namun demi tugasnya, dia akan menunggu sehingga pembakaran itu selesai.
Budak lelaki ini mengakui, pada permulaan dia bekerja di rumah pembakaran mayat itu, dia berasa sangat takut apabila melihat mayat yang terpaksa dibakar dengan tangannya sendiri. Namun selepas sebulan bekerja, dia sudah menjadi biasa dengan persekitaran itu dan tidak lagi berasa takut.
Kadang-kala apabila dia bekerja pada sif malam, budak lelaki ini mengalami pengalaman yang agak menyeramkan apabila mendengar campuran bunyi api, rintihan saudara mara si mati dan beberapa bunyi aneh yang dia tidak dapat jelaskan.
Tetapi itu semua tidak lagi menakutkannya malah budak lelaki ini telah menjadi berani dan kuat. Dia tidak akan berputus asa dengan kerjanya yang sangat sukar itu.
Bagi seorang kanak-kanak sepatutnya pada waktu malam, dia akan menyiapkan kerja sekolahnya, bersiap untuk tidur dan bersekolah pada keesokan harinya. Tetapi tidak bagi budak lelaki ini.
Pada waktu malam, dia akan menyelesaikan kerja menunggu pembakaran mayat sehingga selesai. Apabila tugasnya selesai, dia akan pulang ke rumah dan memberi ibunya makan dan menjaganya sebelum masuk tidur.
Keesokan harinya dia akan ke rumah pembakaran mayat itu lagi meneruskan kerjanya mencari sejumlah wang bagi membiayai kos perubatan ibunya.
Kesempitan hidup budak lelaki ini dan keluarganya telah mendapat perhatian ramai. Diharap budak lelaki ini akan kembali kepada kehidupan kanak-kanaknya dan dapat meneruskan persekolahan seperti kanak-kanak biasa yang lain.
loading…
The post Ibu Sakit …Kanak-Kanak Berusia 11 Tahun Ini Sanggup Bekerja Di Rumah Pembakaran Mayat appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wwhg5v
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment