Hi! Welcome Back and Stay Tune! Inflasi Teras Jepun Bulan Julai Meningkat 0.5% Seperti Yang Dijangkakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Inflasi Teras Jepun Bulan Julai Meningkat 0.5% Seperti Yang Dijangkakan

Harga pengguna Jepun meningkat tujuh bulan berturut-turut selepas laporan semalam menunjukkan peningkatan bagi bulan Julai, manakala inflasi teras masih mengekalkan momentum ke atas, menunjukkan negara dengan ekonomi ketiga terbesar dunia ini telah kembali pulih.

Indeks harga pengguna (CPI) teras tidak termasuk makanan mentah merupakan proksi kepada inflasi teras meningkat 0.5% pada bulan Julai seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Statistik Jepun hari ini. Bacaan tersebut sama seperti jangkaan median oleh pakar ekonomi dan telah meningkat selama tujuh bulan terturut-turut. Bagi CPI negara pula meningkat 0.4% sama seperti yang dijangkakan

Inflasi teras di Tokyo yang menjadi tanda aras utama trend harga dalam negara meningkat 0.4%, mankala harga teras di bandar-bandar besar pula meningkat 0.2% pada bulan Jun.

Indeks perumahan mendapat tekanan inflasi, namun masih lagi dalam lingkungan sasaran bank pusat Jepun (BoJ). Pembuat polisi sekali lagi menangguhkan tempoh untuk mereka mencapai sasaran inflasi 2%, menjadi petunjuk kepada jangkaan pelonggaran polisi akan kekal dibincangkan di masa hadapan.

Ekonomi di Jepun semakin meningkat, dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) berkembang untuk enam suku tahunan berturut-turut, dengan suku tahunan kedua 2017 meningkat 1%, melepasi jangkaan 0.6%. Pada unjuran tahun ke tahun, ekonomi berkembang 4% berbanding jangkaan 2.5%.

The post Inflasi Teras Jepun Bulan Julai Meningkat 0.5% Seperti Yang Dijangkakan appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vbqfvG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.