Hi! Welcome Back and Stay Tune! Inilah Bahagian Yang Di 'Potong' Dalam Khitan Pada Wanita. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Inilah Bahagian Yang Di 'Potong' Dalam Khitan Pada Wanita.

Khitan atau sunat adalah menghilangkan bahagian tertentu dari alat kelamin baik laki-laki maupun perempuan. Khitan sendiri berkaitan dengan ajaran agama, baik agama Islam, Yahudi dan beberapa dari Kristian. 


Namun ada juga yang melakukan khitan ini kerana sebab-sebab kesihatan. Kerana dengan khitan boleh membersihkan sarang kuman yang terdapat pada kulup alat kelamin lelaki, boleh mengurangkan peluang terinveksi penyakit HIV, bahkan pada wanita dipercayai boleh menstabilkan rangsangan syahwatnya dan lebih menikmati hubungan se-ksual.

Khitan terutama untuk lelaki sudah menjadi sesuatu yang lumrah iaitu dengan menghilangkan atau memotong preputium / kulup yang terdapat di hujung kelamin lelaki. Sedangkan khitan untuk perempuan masih banyak diperdebatkan baik boleh atau tidak, baik buruknya dan juga bagaimana caranya. Namun umumnya adalah dengan meletakkan gunting atau mencalarkan atau juga memotong kulit yang menonjol ke atas va-ginanya atau penutup klit-oris baik sebahagian atau seluruhnya.

Sekurang-kurangnya badan kesihatan dunia WHO seperti dipetik dari Wikipedia, dalam khitan pada wanita dibahagi menjadi empat iaitu: 


  1. Clitoridectomy, iaitu pemotongan kulit di sekitar klit-oris (kulup), dengan atau tanpa menghiris / mencalarkan sebahagian atau seluruh klit-oris atau khitan secara simboleis. 
  2. Pemotongan, berupa pemotongan klit-oris disertai pemotongan sebahagian atau seluruh bibir kecil kemaluan (labia minora). 
  3. Infibulation, berupa pemotongan bahagian atau seluruh alat kelamin luar disertai menjahitkan / merapatkan lubang faraj (infibulasi). 
  4. Segala macam prosedur yang dilakukan dalam faraj untuk tujuan non-perubatan, penusukkan, perlubangan, atau pengirisan / penggoresan terhadap klit-oris.
Khitan pada perempuan ada juga yang dilakukan berlebihan, seperti yang banyak berlaku di kawasan Afrika yang khitan pada wanita dilakukan secara berlebihan dengan mencacatkan sebahagian besar alat kelamin wanita. Anehnya perkara tersebut dilakukan kerana yang tidak dikhitan akan dianggap pel-acur dan akan sukar mendapat jodoh.

Di Malaysia memang untuk khitan pada perempuan masih berpolemik, di mana budaya, agama yang disokong fatwa membolehkannya sedangkan Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan larangan sunat perempuan tanpa sebab yang munasabah. 

Bagaimanapun ada satu hari khas yang disambut sebagai Hari Antarabangsa Anti Sunat Perempuan yang dilakukan setiap tarikh 6 Februari.

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wgRMt2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.