Hi! Welcome Back and Stay Tune! Waspada Dengan Sindiket Menyamar Polis Minta Wang - KPD Sibu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Waspada Dengan Sindiket Menyamar Polis Minta Wang - KPD Sibu


SIBU: Polis Sibu hari ini meminta orang ramai berwaspada apabila menerima panggilan telefon daripada pihak yang mengaku polis susulan kewujudan sindiket menyamar sebagai pasukan keselamatan itu dan meminta wang daripada mangsa.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Saiful Bahari Abdullah berkata pihaknya menerima empat laporan polis daripada orang ramai berkaitan taktik terbaharu sindiket penipuan tersebut.

Seorang mangsa mendakwa menerima panggilan daripada seorang anggota polis dari Bukit Aman kononnya anak mangsa telah ditahan atas kesalahan narkotik dan meminta mangsa membayar sejumlah wang untuk membolehkan anaknya dibebaskan, kata Saiful Bahari.

"Mangsa hanya menyedari ditipu selepas pembayaran dibuat," katanya kepada pemberita pada program kemasyarakatan polis, di pusat komersial Farley, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saiful Bahari berkata polis akan menghubungi keluarga seseorang individu yang ditahan tetapi bukan untuk meminta wang bagi tujuan melepaskan individu tersebut.

"Sekiranya anda menerima panggilan seumpama itu dari Semenanjung ataupun mana-mana kawasan sekalipun, anda boleh menghubungi OCS (Ketua Polis Balai) kami untuk mendapatkan pengesahan.

"Jangan sesekali terus percaya apabila anda menerima panggilan itu. Hubungi kami untuk mendapatkan kepastian," katanya. - Bernama




✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w17jws

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.