Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Lelaki pegang ‘pisang’ lelaki, apa itu?” – Video Sufi Rashid dedah pernah didera secara seksual oleh bekas pengurus ketika masih kecil - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Lelaki pegang ‘pisang’ lelaki, apa itu?” – Video Sufi Rashid dedah pernah didera secara seksual oleh bekas pengurus ketika masih kecil

Juara Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid, dalam satu temubual menceritakan pengalamannya menjadi mangsa penderaan seksual seorang pedofil kepada 5thumbs.

"Lelaki pegang 'pisang' lelaki, apa itu?" - Video Sufi Rashid dedah pernah didera secara seksual oleh bekas pengurus ketika masih kecil

“Lelaki pegang ‘pisang’ lelaki, apa itu?” – Video Sufi Rashid dedah pernah didera secara seksual oleh bekas pengurus ketika masih kecil

Sufi yang berasal dari Singapura memberitahu, episod hitam itu berlaku apabila seorang lelaki menjadi pengurusnya sewaktu dia menceburi bidang nyanyian sebagai penyanyi cilik ketika berusia 12 tahun.

Cerita Sufi:

“Kehidupan ini sesuatu yang sangat kejam. Malangnya saya ialah salah seorang mangsa pedofil.

Saya berusia 12 tahun, saya diberi kesempatan untuk menjadi penyanyi cilik.

Dia diperkenalkan dengan saya untuk menjadi pengurus. Dia disuruh jaga saya, dan masa itu saya masih kecil, jadi dia macam abang saya.

Saya baik dengan dia, macam keluarga. Sampai tahap dia ajak saya pergi ke rumahnya. Dia manjakan saya dengan permainan, dia manjakan saya dengan komputer riba.

BIla kita masih muda, kita masih dalam proses pembelajaran. Bila kita nampak benda-benda yang tak senonoh, kita ingat benda tu senonoh. Saya ingat lagi dia ambil kesempatan dekat saya.

Dia cuba buka baju saya, ajak saya tidur dengan dia, dia suruh saya pegang ‘pisang’ dia.

Saya ialah mangsa pedofil, dan demi Allah, saya katakan, sesiapa yang jadi mangsa pedofil tidak akan dapat lupakan setiap sudut apa yang berlaku.

Dia suruh saya buat itu buat ini, saya buat sebab saya tak tahu. Dia janjikan saya hadiah, kalau nak permainan (game), buat itu buat ini.

Nak katakan saya bodoh, saya masa itu masih budak, tak pandai nak berfikir sangat. Dia manjakan saya dengan barang-barang.

Saya tak beritahu ibu saya tentang ini, kerana pada masa itu saya tak tahu sama ada perkara yang saya lakukan itu salah atau tidak. Lelaki pegang ‘pisang’ lelaki, apa itu? Dan dia pandai mengelak dari orang lain dan emak saya tahu tentangnya.

Perkara itu berlaku banyak kali, di rumah saya, di hotel.

Lelaki itu sangat pandai, depan ibu saya, dia layan saya sangat baik. Dia buat ibu saya percaya tiada apa yang berlaku tetapi di belakang tabir Allah saja yang tahu.

Ia membuat saya sangat marah dan pernah saya bertumbuk dengannya tetapi dia pandai mengelak sehinggakan saya pula yang digari polis kerana bergaduh dengannya.

Sekiranya membunuh itu halal, saya pasti sudah membunuhnya.

Saya rasa jijik bila mengingati semula apa yang dia lakukan kepada saya.

Menurut Sufi lagi, lelaki yang sama pernah menjadi pengurus seorang penyanyi Indonesia. Sufi menceritakan pengalamannya supaya masyarakat membuka mata mengenai pedofilia.

Rakaman temubual penuh boleh diakses di sini.

Di Malaysia, masih ramai yang tidak memahami aktiviti pedofilia dan aktiviti ‘grooming’ atau mempengaruhi kanak-kanak untuk menjalinkan perhubungan seksual dengan orang dewasa. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan pedofil adalah sangat pintar, selalunya mempunyai personaliti yang menarik, bersifat penyabar dan sering dianggap individu yang bernilai dalam masyarakat.

Ini kerana mereka meluangkan banyak masa untuk mempengaruhi ibu bapa, rakan-rakan kanak-kanak di sekeliling mereka, di samping mempengaruhi kanak-kanak itu sendiri. Pedofil biasanya akan memilih kerjaya yang membolehkan mereka mendapat akses dan mendekati kanak-kanak yang mereka ‘igaukan’.

Kemudian, mereka akan ‘mengambil hati’ orang dewasa di sekeliling kanak-kanak itu dengan melakukan kerja-kerja kebajikan secara sukarela dan menjadi individu yang ‘boleh diharapkan’, seorang sahabat yang paling murah hati, seorang jiran yang suka bersedekah atau saudara yang paling digemari.

Mereka akan tampil sebagai individu yang berpenampilan dan berperawakan penuh ikhlas, boleh dipercayai dan ahli komuniti yang berharga. Pedofil juga boleh jadi sangat pintar dalam mengambil hati orang dewasa sehinggakan ibu bapa kepada kanak-kanak yang mereka cabul biasanya akan merasa terkejut atas kenaifan mereka selama ini.

Apa yang penting, sekiranya kanak-kanak meluahkan sesuatu seperti diganggu secara seksual oleh orang dewasa, janganlah mudah tidak mempercayai mereka.

Sumber: Amazingnara



Sumber “Lelaki pegang ‘pisang’ lelaki, apa itu?” – Video Sufi Rashid dedah pernah didera secara seksual oleh bekas pengurus ketika masih kecil

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tTU7Iw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.