Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lebih 230 ribu pengguna bertukar kepada kad Touch n' Go MyRapid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lebih 230 ribu pengguna bertukar kepada kad Touch n' Go MyRapid

DIANGGARKAN, lebih 230,000 pengguna pengangkutan awam telah menukar kad RapidKL lama mereka kepada kad baharu yang dilengkapi dengan sistem Touch n’ Go (TnG).

Daripada jumlah itu, lebih daripada 60,000 adalah kad konsesi untuk warga emas, pelajar dan orang kurang upaya (OKU), kata Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan hari ini.

Kira-kira 20,000 kad konsesi MyRapid baru turut dikeluarkan sepanjang kempen penukaran itu yang bermula pada 15 Julai untuk memudahkan perjalanan lancar dalam semua rangkaian perjalanan Rapid KL - bas, LRT, MRT dan Monorel. 

Dengan berakhirnya kempen itu, Prasarana berkata kaunter pertukaran kad konsesi sementara di stesen LRT Subang Jaya dan Awan Besar telah ditutup pada jam 7 malam semalam.

"Kaunter penukaran kad konsesi di stesen LRT Sri Rampai, bagaimanapun, akan terus beroperasi hingga 15 Ogos, antara pukul 9 pagi hingga 5 petang dari hari Isnin hingga Sabtu kecuali pada hari cuti umum, untuk mereka yang belum menukar.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan mereka. Kad TnG MyRapid akan terus meningkatkan kemudahan perjalanan mereka, memberikan lebih penjimatan dan mengurangkan masa perjalanan,” menurut kenyataan itu lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f40yG9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.