Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanser tidak halang mualaf kahwini pasangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanser tidak halang mualaf kahwini pasangan

MELAKA: Selama 12 tahun berkenalan sudah cukup menjadi saksi cinta seorang mualaf untuk disatukan dengan pasangannya yang disahkan menghidap kanser dalam majlis pernikahan, petang tadi.

 

Kanser tidak halang mualaf kahwini pasangan

Kanser tidak halang mualaf kahwini pasangan

 

 

Dalam majlis pernikahan serba sederhana di Bukit Katil, di sini, Andrea Adrianna Law Abdullah, 31, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Alfian Rizal, 34, yang kini menghidap kanser usus besar dan hati tahap empat, sejak Mac lalu.

Suasana pilu menyelubungi majlis pernikahan pasangan mempelai yang dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Majlis Agama Islam Melaka, Mohd Shokri Mustaffa, tatkala keadaan Alfian sendiri yang sudah tidak berupaya untuk berdiri dan serta berjalan.

Andrea Adrianna berkata, dia ikhlas menerima ketentuan jodoh dengan Alfian walaupun pasangannya itu sudah menghidap kanser tahap empat sejak Mac lalu.

“Kami sudah lama berkawan, iaitu sejak sama-sama menuntut di Universiti Multimedia (MMU) Melaka. Selain sudah kenal hati budi masing-masing, dia tidak pernah memaksa saya memeluk Islam.

“Keikhlasan dirinya membuatkan saya tertarik sehinggalah membimbing saya mendapat hidayah memeluk Islam tahun lalu. Saya yakin dialah jodoh terbaik buat saya,” katanya dalam nada sebak.

Menceritakan detik Alfian mula disahkan menghidap kanser, wanita kelahiran Sarawak itu berkata, suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan pada peringkat awal.

“Semuanya berlaku begitu pantas. Pada 2015, Alfian sering mengadu keletihan sebelum dimasukkan ke sebuah hospital swasta selama 10 hari kerana kehilangan darah. Tetapi doktor tidak mengetahui puncanya.

“Setahun kemudian, dia sekali lagi dimasukkan ke hospital tetapi doktor tetap tidak mengetahui gejala penyakitnya. Sehinggalah dia mengalami gejala jaundis (kegagalan fungsi hati) awal tahun ini dan dirujuk ke Hospital Selayang sebelum disahkan menghidap kanser tahap empat,” katanya.

Sementara itu, Alfian yang juga seorang anak tunggal kepada pasangan Rizal Abdullah, 61, dan Aisah Selamat, 57, mengakui pengorbanan cinta isterinya itu kekuatan sebenar buat dirinya bagi meneruskan kehidupan.

“Dalam keadaan diri saya diuji sebegini, Andrea tetap berada di samping saya waktu susah dan senang. Itulah yang membuatkan saya terharu kerana dia menerima saya seadanya.

“Alhamdulillah, doa saya untuk mengahwininya dimakbulkan Allah SWT. InsyaAllah kami berdua akan berlepas ke Guangzhou, China untuk menjalani rawatan kimoterapi. Diharapkan keadaan saya bertambah baik,” katanya.

Sumber: Bharian



Sumber Kanser tidak halang mualaf kahwini pasangan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vqSDX4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.