Hi! Welcome Back and Stay Tune! KL2017 Berjaya Tarik Minat GLC Untuk Menaja - Khairy - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KL2017 Berjaya Tarik Minat GLC Untuk Menaja - Khairy



KUALA LUMPUR - Penganjuran temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN kesembilan (KL2017) berjaya menarik penglibatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta tempatan dan antarabangsa untuk menjadi penaja, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

"Sehingga kini sebanyak 40 syarikat telah bekerjasama menaja temasya kali ini dengan jumlah penajaan melebihi RM100 juta," katanya dalam sidang akhbar di Dewan Serba guna, Kompleks Sukan TNB, hari ini.

Berbaki 16 hari sahaja lagi sebelum temasya itu berlangsung secara rasmi, Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) hari ini menerima penajaan terbaharu daripada syarikat pembekal elektrik bersepadu terbesar negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Penglibatan TNB dalam KL2017 adalah sebagai penaja emas dan dikenali sebagai Rakan Rasmi Tenaga dengan jumlah sumbangan antara RM3 juta dan RM7.5 juta merangkumi wang tunai dan barangan berbentuk set penjana yang akan dibekalkan untuk kegunaan ketika temasya berlangsung.

Penyerahan penajaan TNB disampaikan oleh Ketua Pegawai korporat TNB Datuk Wira Roslan Ab Rahman kepada Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat MASOC Datuk Seri Zolkples Embong.

Kerjasama berkenaan adalah kolaborasi pertama TNB dengan Kementerian Belia dan Sukan serta dalam sejarah penganjuran Sukan SEA.

"Kepercayaan TNB dan rakan-rakan penaja yang lain...ia menjadi petanda bahawa temasya sukan ini telah berjaya membangkitkan minat banyak syarikat untuk menyokong usaha berkenaan sukan.

"Penajaan bukan sahaja bersifat CSR (tanggungjawab sosial korporat) tetapi sukan secara amnya telah menjadi platform pemasaran yang diiktiraf dan semakin popular untuk memasarkan identiti korporat masing-masing," kata Khairy.

Terdahulu Roslan dalam ucapannya, berkata TNB telah menilai dan mempertingkatkan sistem bekalan elektrik di semua venue utama sejak setahun lalu.

"Sepanjang berlangsungnya KL2017, kami menubuhkan bilik gerakan yang beroperasi 24 jam di mana pasukan teknikal akan berada dalam keadaan tunggusedia di lokasi-lokasi strategik seperti Stadium Nasional Bukit Jalil, kawasan sekitar KL Sports City, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, MITEC (Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia) dan Putrajaya serta venue-venue khusus di Negeri Sembilan, Kedah dan Terengganu," katanya.

Sempena majlis berkenaan, TNB turut melancarkan sebuah buku mewah bertajuk 'The Stick' yang disempurnakan pelancarannya oleh Khairy.

Buku berkenaan merakam detik-detik penglibatan TNB dalam pembangunan hoki negara yang bermula dari era Central Electricity Board atau CEB sejak hampir 70 tahun yang lalu.

Pada majlis itu juga TNB menyampaikan insentif berjumlah RM52,000 kepada pasukan hoki lelaki kebangsaan yang berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia Hoki 2018.- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vruTVD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.