Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suruh komen ikhlas nyanyiannya tapi bila kata tak sedap dia marah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suruh komen ikhlas nyanyiannya tapi bila kata tak sedap dia marah

“MINTA komen ikhlas tapi kenapa Datuk marah?” itu antara komen netizen yang memenuhi Instagram milik jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri sejak ia dimuatnaik pada Selasa.

Aliff Syukri menerusi posting tersebut memuatnaik sekeping gambar dia dalam sebuah studio rakaman dengan aksi sedang menyanyi penuh penghayatan.

Menerusi gambar tersebut dia menulis keterangan seperti berikut: “Vokal bukan sekadar rupa. Korang rasa ada bakat tak saya? Komen Ikhlas tau,” tulisnya.

Merujuk kepada keterangan gambar tersebut, ramai netizen mengambil peluang itu untuk meluahkan pandangan dan pendapat.

Perkara ini termasuklah golongan haters yang sentiasa menunggu peluang untuk ‘menghentam’ pengasas produk D’herbs ini apatah lagi keterangan pada gambar tersebut seolah-olah sengaja mengundang kecaman.

Antara komen yang ditinggalkan berbunyi, ” Tak sedap langsung… la kenapa Datuk marah bila orang komen. Dah Datuk yang tanya kan. Bila suruh orang komen tu kenalah terima… kadang-kadang merepek juga Datuk ni,” tulis @are_deq89.

Malah ada yang turut mencadangkan agar beliau hanya memberi fokus pada perniagaannya sahaja serta melupakan hasrat bergelar penyanyi.

Posting tersebut menerima lebih 300 komen.

Mungkin terasa dengan segelintir pandangan dan kritikan yang ditulis netizen, Aliff Syukri turut dilihat membalas komen secara umum meminta netizen menjaga hatinya.

Sumber: Mstar



Sumber Suruh komen ikhlas nyanyiannya tapi bila kata tak sedap dia marah

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wnT6Jz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.