Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lagi 449 Pertuduhan Dibacakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lagi 449 Pertuduhan Dibacakan



PUTRAJAYA: Mahkamah Sesyen di sini masih meneruskan bacaan pertuduhan ke atas seorang lelaki yang didakwa meliwat anak perempuannya berusia 15 tahun.

Suspek berusia 36 tahun itu kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Yong Zarida Sazali.

Mahkamah akan melengkapkan bacaan kira-kira 449 pertuduhan salah laku seksual terhadap suspek yang bekerja sebagai ejen unit amanah.

Suspek yang tiba di kompleks mahkamah dekat sini kira-kira pukul 8.50 pagi dikerumuni media semasa dalam perjalanan ke kamar perbicaraan sebelum prosiding dimulakan pada pukul 9.20 pagi.

Namun tiada siapa berjaya merakamkan gambar suspek dengan jelas kerana dia bertindak menutup mukanya dengan baju-T berwarna kelabu yang dipakainya.
Suspek didakwa meliwat anak perempuannya selama enam bulan berturut-turut antara Januari dan Jun tahun ini.

Terdahulu sebanyak 150 pertuduhan telah dibacakan dan prosiding terpaksa ditangguhkan kepada Khamis kerana suspek memiliki sejumlah 599 salah laku seksual terhadap mangsa sejak berusia 13 tahun.

Selain tuduhan meliwat, suspek yang juga seorang duda itu juga didakwa merogol mangsa yang kini berusia 15 tahun itu dan 30 tuduhan melakukan serangan seksual tanpa persetubuhan.

Suspek juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut selepas dibacakan kepadanya pada Rabu. - mStar


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uJ2B4Q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.