Lawatan Najib Ke Amerika Syarikat Atas Urusan Rasmi Bukannya Mengenai Hal DoJ
Semalam, portal yang pernah digelar sebagai "Yahudi yang tidak boleh dipercayai" oleh Mahathir iaitu Wall Street Journal mendakwa kononnya lawatan Dato Seri Najib ke Amerika Syarikat pada bulan September nanti semata mata untuk berbincang hal mengenai 1MDB dan DoJ.
Kemudian, portal itu hanya memetik sumber yang tidak pasti dan tidak sahih untuk membuat cerita persepsi tersebut. Namun yang kurang cerdik ada juga yang percaya. Samalah macam mereka percaya cerita bohong Dr Afif, wakil rakyat PKR Seberang Perai yang buat cerita palsu mengenai kenaikan harga minyak.
Pada 24 Ogos 2017, Wisma Putra telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai lawatan tersebut.
Menurut Wisma Putra, Datuk Seri Najib akan mengadakan lawatan kerja ke Washington D.C. pada 12 September di atas jemputan rasmi Presiden Donald J Trump, Presiden Amerika Syarikat.
Ianya sempena meraikan sambutan hubungan diplomatik selama 60 tahun antara Amerika Syarikat dan Malaysia. Selain itu, menurut Wisma Putra lagi, lawatan itu adalah untuk membincangkan hal hal berkepentingan bersama seperti keselamatan, perdagangan dan pelaburan yang akhirnya akan membawa manfaat kepada rakyat kedua dua buah negara.
Jelas sekali tuduhan Wall Street Journal dan Malaysiakini bahawa lawatan itu bagi membincangkan mengenai 1MDB dan DoJ adalah karut sama sekali. Sebelum jemputan rasmi itu dibuat Trump, Setiausaha Negara Amerika Syarikat telah datang melawat Malaysia pada dua minggu lepas lagi.
8 Ogos lepas, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson telah melakukan lawatan kerja dua hari ke Malaysia. Bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Timbalan Perdana Menteri. Tidak pula Tillerson menyebut atau berbincang mengenai hal DoJ dalam lawatan dua hari itu.
Mengapa Mahathir dan pembangkang tidak jumpa Tillerson masa dia datang hari itu dan beri bukti mengenai dakwaan DoJ itu? Tidak ada. Mahathir tidak berani jumpa dan tanya sebab ianya hanya tuduhan semata mata.
Samalah juga halnya ketika Raja Salman datang ke Malaysia tempoh hari. Ada Mahathir berani tanya Raja Salman, benarkah ada duit dari Arab Saudi yang kena curi?
Tiada. Dakwaan DoJ dan cerita wang derma yang dipusing cerita jadi "duit curi" ini hanyalah propaganda Mahathir dan pembangkang semata mata. Cerita berlian DoJ lagilah karut.
Gambar Berlian sebenar dan transaksi Berlian yang dituduh pun tiada ada. Gambar yang dijadikan bahan adalah diambil dari atas talian, bukannya gambar yang sebenar.
Pihak pembangkang jangan cuba mensabotaj ekonomi negara dengan cara membuat tuduhan liar terhadap hubungan diplomasi Malaysia dengan negara luar.
Dengan China, pembangkang sering tuduh kononnya Malaysia hendak kena gadai kepada China. Dengan Amerika Syarikat, pembangkang pernah tuduh dulu FBI hendak tangkap Najib. Tuduhan yang terbukti fitnah sama sekali.
Amerika Syarikat adalah rakan dagang kedua terbesar bagi Malaysia selepas Jepun.
Malaysia dan Amerika mempunyai hubungan rapat dan menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang.
Bagi tempoh Januari hingga Mei 2017, jumlah dagangan dua hala antara kedua-dua negara meningkat 23.3 peratus kepada RM68.2 bilion (US$15.4 bilion) daripada RM55.3 bilion (US$13.5 bilion) dalam tempoh sama pada 2016.
Ini bukan kali pertama Trump berjumpa Najib. Mereka berdua hadir sama dalam satu sidang di Riyadh pada Mei 2017. Trump sendiri tidak percaya dakwaan yang dibuat DoJ.
Trump menyatakan kepada Putin, yang beliau tidak percaya pada Federal Bureau of Investigation (FBI), Central Intelligence Agency (CIA) dan Department of Justice (DoJ).
Pengakuan Trump ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan agensi agensi itu. Semua agensi itu mendakwa bahawa ada campur tangan dari Russia semasa pilihanraya Presiden Amerika Syarikat 2016.
Sama seperti apa yang DoJ dakwa dalam tuduhannya terhadap 1MDB. Sejak 20 Julai 2016, sampailah sekarang ianya hanya sekadar tuduhan sahaja. Tiada bukti yang dibawa, tiada sesiapa pun yang dipanggil untuk disiasat dan tidak ada pendakwaan pun di mahkamah.
Baca tulisan lanjut Beruang Biru mengenai keraguan Trump mengenai DoJ ini ;
http://ift.tt/2g7FM9t
Oleh itu, hentikanlah membuat spekulasi yang liar mengenai lawatan rasmi Datuk Seri Najib ke Amerika Syarikat bulan depan. Di saat KDNK Malaysia menjadi antara yang tertinggi di dunia, sudah pastilah banyak negara yang mahu berurusan dengan Malaysia.
Ini bukti kepimpinan Datuk Seri Najib amat dihormati di peringkat dunia. Baik China, India, Arab Saudi dan Amerika Syarikat, semua mahu berbaik baik dan berurusan dan Malaysia.
Sebagai rakyat kita janganlah menjadi bodoh mensabotajnya dengan mempercayai cerita cerita liar dari WSJ dan Malaysiakini ini.
Tulisan :
Beruang Biru
BB552, Khamis
24 Ogos 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ite6N2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment