Penggabungan RHB Bank Berhad dan AmBank Group Gagal
RHB Bank Berhad dan Ambank Group gagal menemui kata putus bagi penggabungan kedua-dua institusi perbankan ini.
Selepas rundingan yang panjang, RHB dan AmBank Group gagal mencapai persetujuan dari segi terma-terma dalam penggabungan yang dicadangkan. Spekulasi mengatakan hal ini adalah disebabkan beberapa pemegang saham terbesar RHB dan AmBank tidak bersetuju dengan penggabungan tersebut
“Terdapat kebimbangan terhadap beberapa isu daripada penilaian RHB terhadap liabiliti AmBank yang terlibat dengan 1MDB (1Malaysia Development Berhad),” kata sumber.
Antara pemegang saham RHB adalah Aabar Investment yang memegang 17.75% saham, OSK Holdings Bhd hampir 10%. Manakala pemegang saham terbesar AmBank antaranya dari Australia dan New Zealand, termasuk Tan Sri Azman Hashim.
Dalam kenyataan RHB melalui pengarah urusan Datuk Khairussaleh Ramli, mereka akan meneruskan inisiatif di bawah strategi semasa untuk menambah nilai kepada pemegang saham dan fokus kepada pelanggan.
Manakala AmBank melalui ketua pegawai eksekutif Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata mereka yakin untuk terus bergerak ke hadapan walaupun peggabungan itu tidak berhasil. “Strategi dan arah tujuan kami adalah sama. Kami akan fokus kepada perancangan perniagaan 2018 dengan fokus menjadi lebih baik untuk memberikan hasil optimal kepada pemegang saham.”
The post Penggabungan RHB Bank Berhad dan AmBank Group Gagal appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w6DiMk
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment