Lembu Korban Mahal :Permintaan Tinggi, Ringgit Jatuh
KUALA LUMPUR - Permintaan tinggi dan kadar tukaran asing ringgit yang rendah adalah antara faktor peningkatan harga ternakan untuk ibadah korban tahun ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata ini kerana ternakan terbabit diimport dengan sebahagian besar dibawa masuk dari Thailand.
“Dalam keadaan permintaan begitu tinggi dan (nilai) mata wang kita agak rendah maka sudah tentu harganya (jualan) kita mesti mengikut nilai barang-barang yang kita import.
“Kita tak boleh nak kata salah orang yang menjual sahaja. Dalam waktu yang sama kita kena fikir pada tahun-tahun depan, kita harus meningkatkan pengeluaran ternakan lembu dalam negara,” katanya yang ditemui pemberita selepas merasmikan gimik pelepasan peserta ‘Merdeka Ride’ di Menara Kembar Bank Rakyat di sini, hari ini.
Sebelum ini Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan berkata bekalan ternakan untuk ibadah korban di negara ini mencukupi.
Dianggarkan negara ini memerlukan 31,207 ekor lembu dan kerbau serta 25,174 ekor kambing dan kambing biri-biri, untuk menampung keperluan ibadah korban sempena Aildiladha tahun ini.
Jelajah ‘Merdeka Ride Bank Rakyat’ yang disertai 63 penunggang motosikal berkuasa tinggi akan bermula di Kangar pada 27 Sept ini dan berakhir di ibu negara pada 30 September adalah sempena ulang tahun ke-63 bank itu. - Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g8mXTs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment