Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Bangladesh Ditemui Rentung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Bangladesh Ditemui Rentung


Lelaki Bangladesh ditemui rentung dalam kebakaran di rumah kongsi di tapak pembinaan Batu Dua, Jalan Bidor - Tapah di Bidor, pagi ini.

Ketua Operasi Penolong Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor, Ridzuan Bahida Baharuddin berkata, enam pegawai dan anggota dari BBP Bidor ke lokasi kejadian bersama bantuan dari BBP Tapah sebaik menerima panggilan kecemasan pada 3.45 pagi.

Katanya, setiba di lokasi, anggota mendapati kawasan rumah kongsi yang mempunyai 126 bilik terbakar hampir 75 peratus.

"Ketika pemadaman dijalankan, seorang daripada pekerja Bangladesh memaklumkan rakannya tidak dijumpai.

"Kira-kira 5.45 pagi, ketika anggota bomba membuat pemeriksaan baik pulih di kawasan berkenaan, seorang lelaki ditemui rentung dalam sebuah bilik," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Bomba masih menjalankan pemeriksaan baik pulih bagi memastikan kebakaran dipadamkan sepenuhnya dan tiada mangsa lain terbabit.

"Operasi pemantauan masih dijalankan," katanya.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v1iyoD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.