Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sultan Johor Kurnia Imbuhan RM4 Juta Kepada FAM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sultan Johor Kurnia Imbuhan RM4 Juta Kepada FAM


KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerima durian runtuh apabila dikurniakan imbuhan RM4 juta daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kenyataannya berkata, imbuhan itu sebahagian daripada pemberian bonus kepada skuad bawah 22 tahun (B-22) negara yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Kejuaraan Bawah 23 tahun (B-23) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2018 yang akan berlangsung di China, Januari depan.

“Kurniaan ini juga dapat membantu FAM dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air secara keseluruhannya,” katanya menerusi akaun Facebook rasmi badan induk itu.

Skuad B-22 mencipta kejutan apabila mengetepikan Thailand untuk muncul juara Kumpulan H, sekali gus mara ke saingan berprestij itu bagi menjadi 16 pasukan terbaik benua Asia.

Sebelum ini, Hamidin turut mengumumkan berita gembira buat semua pemain B-22 dan pegawai pasukan yang bekerja keras dalam membantu pasukan itu mencipta kejayaan terbesar mara ke saingan berprestij itu buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara ini.

Katanya, semua pemain skuad B-22 dan pegawai pasukan yang mencipta kejayaan besar itu akan diberikan insentif RM6,000 berdasarkan peruntukan ditetapkan FAM membabitkan kelayakan ke kejohanan secara merit.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vkewKE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.