LG Akan Menggunakan Panel OLED FullVision Bersaiz 6-inci Pada Peranti Akan Datang
LG hari ini secara rasminya mengumumkan yang mana telefon pintar utama daripada LG akan datang bakal menggunakan panel OLED FullVision – sekaligus menjadi telefon pintar pertama yang menggunakan panel berkenaan.
Sebelum ini, kali pertama LG menggunakan panel OLED adalah pada LG G Flex 2 ketika 2015 yang lepas, dan dengan perkembangan arena rekaan bingkai nipis dan paparan panel lebih luas, kini LG hadir dengan OLED FullVision.
Panel ini dijangka digunakan pada peranti LG V30 kelak. Menurut LG, ia akan menggunakan panel 6-inci, tetapi secara keseluruhan, peranti berkenaan akan bersaiz kurang LG V20.
LG mengatakan mereka mengurangkan saiz bingkai sekitar 20% pada bahagian bawah, dan 50% pada bahagian tepi – sekaligus menjadikan ia lebih kompak berbanding sebelum ini. Logo LG juga akan dialihkan ke bahagian belakang, dan bukannya dihadapan seperti sebelum ini.
LG dijangka memperkenalkan telefon pintar ini pada penghujung Ogos ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w90jxJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment