Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kantoi nama jalan bersifat perkauman, MBSA tampil beri jawapan sebenar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kantoi nama jalan bersifat perkauman, MBSA tampil beri jawapan sebenar

Status kewujudan nama jalan bersifat perkauman di Shah Alam yang tular sejak petang Rabu didedahkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Nama jalan tersebut bukan sahaja menimbulkan pelbagai reaksi netizen, malah MBSA turut terpalit dengan kontroversi itu.

Timbalan Pengarah Korporat, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya menafikan tentang perkara itu dan terus membuat tinjauan ke jalan yang dimaksudkan pada Rabu sejurus mendapat tahu ia didaftarkan pada aplikasi navigasi peta Google dan Waze.

“Pihak kami sudah melawat jalan itu dan nama jalan yang dikatakan itu tidak wujud.

“Sebenarnya tiada nama pun pada jalan itu kerana ia jalan kampung,” jelasnya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Tambah Shahrin, pihak MBSA mendaftarkan nama jalan berdasarkan nama-nama buah, bunga, sungai, alat muzik, pekerjaan dan bahan logam.

Katanya, nama jalan yang berhampiran dengan lokasi jalan tersebut pula diambil bersempena nama sungai.

Kontroversi mengenai nama jalan itu mula hangat diperkatakan setelah ia mula-mula dikongsikan di beberapa laman forum sebelum tersebar di Facebook.

Segelintir pengguna Facebook bertindak menyelar tindakan kerajaan negeri yang dianggap sengaja mencetuskan isu perkauman.

Pengguna Facebook, Chander Gk berkata: “Kami sudah dimalukan oleh kerajaan negeri sekarang yang menamakan nama jalan ini. Sila Google dan lihat sendiri, kawan-kawan serta jangan lupa untuk berkongsi mengenai perkara ini.”

Seorang lagi pengguna, Mak Khuin Weng pula berkata, dia tidak percaya tentang perkara tersebut sekiranya tidak membuat carian di Google dengan sendiri.

“Nampaknya terdapat posting yang sedang trending dalam talian tentang nama sebatang jalan. Saya temui jalan ini terletak di Shah Alam.

“Secara jujurnya saya tertanya-tanya apa yang difikirkan oleh pegawai kerajaan ketika menamakan jalan ini,” tulis lelaki itu.

 

Sumber: MStar



Sumber Kantoi nama jalan bersifat perkauman, MBSA tampil beri jawapan sebenar

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vvu92w

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.