Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahkamah Thailand Tentu Nasib Yingluck Hari Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahkamah Thailand Tentu Nasib Yingluck Hari Ini


BANGKOK: Mahkamah Tinggi Thailand hari ini akan memutuskan sama ada bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra bersalah atau tidak atas tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Jika didapati bersalah, Yingluck, 50, berdepan hukuman penjara 10 tahun dan larangan daripada menyertai politik seumur hidup.

Bekas perdana menteri wanita pertama yang digulingkan tentera pada 2014 itu dituduh cuai dalam melaksanakan skim subsidi padi hingga menyebabkan kerugian berbilion Baht.

Polis mula berkawal sejak lewat petang semalam di pekarangan mahkamah dengan memasang halangan dan kamera litar tertutup (CCTV) untuk menghalang penyokong Yingluck daripada menghampiri kawasan itu.

Sementara itu, Yingluck menerusi laman media sosial Facebook miliknya, meminta penyokongnya tidak keluar dari rumah untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini dilakukan oleh pihak yang cuba menggugat keamanan negara dan rakyat. - AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g9w5qI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.