Manifesto: 30 Juta Untuk Mewartakan Semua Tanah Adat
| gambar hiasan |
Untuk memastikan semua Hak Tanah Adat (NCR) dapat diwartakan, kerajaan pusat memperuntukkan RM30 juta setahun bagi menyukat tanah NCR di Sarawak. Turut terlibat adalah lot-lot kediaman.
Sebelum tahun 2016, kerajaan berjaya mengukur kawasan seluas 749,134 hektar dan 5,543 lot individu di kawasan seluas 6,208 hektar.
Namun, pengukuran menurun pada 2016 apabila Jabatan Tanah dan Survei (JTS) hanya berjaya mengukur tanah seluas 17,054 hektar dan 1,508 lot individu di tapak seluas 1,628 hektar.
Setakat ini sejumlah RM13,989,600 diterima bagi tujuan itu dan Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM30 juta lagi bagi untuk program 2017.
Kejayaan pengukuran di bawah program itu meskipun berhadapan dengan tuntutan tanah yang tidak munasabah, bantahan di lapangan serta propaganda segelintir pihak tidak bertanggungjawab, ia membuktikan kerajaan komited mengiktiraf tanah NCR dan semua pihak berkaitan harus memberi kerjasama memastikan program pengukuran tanah NCR dapat dilaksana dengan lebih lancar.
Selain pengukuran tanah NCR, kerajaan juga sudah mengeluarkan 45,097 surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bagi Program Pengukuran Kampung Tradisional.
Dengan kejayaan penyukatan ini bermakna menifesto kerajaan Barisan Nasional benar-benar membela hak rakyat walaupun masih ada rakyat yang tidak mahu disukat gara-gara terlalu taksub dakyah pembangkang.
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vuxytI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment