Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mati Tercekik Roti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mati Tercekik Roti



PORT DICKSON: Seorang pelajar lelaki warga Nigeria maut akibat tercekik, selepas menyertai pertandingan makan roti di sebuah hotel di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad, berkata pelajar sebuah kolej di Selangor yang dikenali sebagai Borokinni, 32, tiba di hotel itu bersama dua rakannya pada jam 6.30 petang semalam.

Katanya, mereka bertiga menginap di hotel itu sebelum menyertai pertandingan yang diadakan pada majlis hari jadi rakan mereka kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

"Sebaik selesai pertandingan, mangsa terus ke belakang dewan lalu muntah dan tidak sedarkan diri, menyebabkan rakan lain membawanya ke Hospital Port Dickson, di sini.

"Doktor kemudian mengesahkan mangsa mati akibat 'Asphyxia Secondary To Choking' atau lemas akibat tercekik," katanya di sini, hari ini.

Zainudin berkata, mayat mangsa sudah dibedah siasat dan masih belum dituntut ahli keluarga.

Caption - Pelajar warga Nigeria, Borokinni, maut akibat tercekik, selepas menyertai pertandingan makan roti di majlis hari jadi di sebuah hotel di sini, awal pagi tadi. - BHonline



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wLnmlN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.