Hi! Welcome Back and Stay Tune! Murid Darjah 1 Meninggal Dunia Selepas Dipukul Oleh Murid Darjah 6.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Murid Darjah 1 Meninggal Dunia Selepas Dipukul Oleh Murid Darjah 6..


SIBU: Seorang murid lelaki Tahun Satu sekolah berasrama di Bahagian Kapit meninggal dunia di Hospital Sibu pada petang Khamis dipercayai akibat dibelasah seorang murid Tahun Enam sekolah itu Selasa lalu lapor Berita Harian.

Mangsa dikatakan telah ditumbuk di bahagian kepala dan disepak di bahagian badan sambil mulutnya ditutup dengan menggunakan sehelai selimut.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Amer Awal yang dihubungi mengesahkan kejadian.Menurut beliau, mangsa meninggal dunia di Hospital Sibu pada 3.30 petang.


“Mangsa mengalami cedera parah di kepala akibat dipukul dan lebam di badan. Siasatan awal mendapati mangsa telah dibelasah di asramanya pada tengah malam Selasa sebelum dikejarkan ke hospital Kapit,” katanya.

"Seorang murid telah ditahan untuk disiasat namun dibebaskan dengan jaminan polis kerana akan menjalani peperiksaan UPSR pada September,” katanya.

Satu pasukan khas yang diketuai Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian telah ditubuhkan bagi menyiasat kes tersebut. 


"Pemeriksaan awal juga menunjukkan suspek bertindak agresif selepas mangsa dikatakan mengejek nama bapanya.

"Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Bagaimanapun katanya, suspek akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas kenyataannya direkodkan kerana dia masih di bawah umur.


"Kami juga akan memanggil guru besar dan guru sekolah untuk membantu siasatan kes itu.

"Polis juga sudah menubuhkan sebuah pasukan petugas diketuai Ketua Polis Daerah Kapit (Deputi Superintendan Freddy Bian) untuk menyiasat kes ini," katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wCXMiL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.