Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pasukan perubatan Tabung Haji sedia berikan khidmat terbaik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pasukan perubatan Tabung Haji sedia berikan khidmat terbaik


MEKAH:  Seramai 18 orang doktor pakar, 40 pegawai perubatan serta 217 anggota sokongan perubatan Tabung Haji bersedia untuk memberikan khidmat terbaik kepada 30,200 jemaah haji pada tahun ini.

Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) 1438 Hijrah, Dr. Mohammad Faid Abd. Rashid berkata, jumlah itu termasuklah 63 penolong pegawai perubatan dan 66 orang jururawat, selain pegawai pergigian dan farmasi, juru x-ray, makmal, fisioterapi dan pemakanan (diet).

“Di Mekah, kita mempunyai Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji Syisya dengan kapasiti 197 katil termasuklah satu bilik pengasingan bagi kes berjangkit.

“Di pusat rawatan Wisma Tabung Haji Hotel Abraj Al-Janadriyah ula disediakan 34 katil, manakala di Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji Al Jaffery Madinah , kita punyai 37 katil. Jadi keseluruhannya, kita mempunyai 268 katil untuk memberikan rawatan terbaik kepada pesakit dalam kalangan jemaah haji,” katanya kepada wartawan Malaysia di Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji Syisya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE





✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vAp99O

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.