‘Jangan Halang Anak Korek Dan Makan Tahi Didung !’- Kata Doktor
Mengorek hidung dan memakan sisanya adalah salah satu cara terbaik menjaga kesihatan tubuh badan, dakwa seorang doktor terkenal di Austria.
Pakar paru-paru yang beribu pejabat di Innsbruck, Prof Dr Friedrich Bischinger berkata, golongan yang mengorek hidung dengan jari mereka lebih sihat, lebih gembira dan mungkin lebih sensitif kepada perubahan tubuh badan mereka.
Dia berkata, masyarakat perlu menerima pendekatan baru untuk mengorek hidung dan menggalakkan kanak-kanak mengguna pakai kaedah itu.
“Dengan mengguna jari, anda dapat sampai ke tempat yang selama ini tidak dapat di capai dengan sapu tangan, ia menjadikan hidung anda lebih bersih. Memakan sisanya pula ialah cara hebat untuk mengukuhkan sistem immunisasi tubuh.
Secara perubatan, ia memang baik dan perkara semulajadi sempurna untuk dilakukan” katanya.
“Dalam kes immunisasi, hidung ialah penapis untuk memerangkap bakteria dan apabila gabungan ini sampai kepada usus, ia boleh menjadi seperti ubat” katanya.
“Perubatan moden cuba melakukan perkara sama melalui kaedah yang lebih rumit, sesiapa yang mengorek hidung dan memakannya dapat meningkatkan sistem immunisasi tubuh secara semulajadi dengan percuma” katanya lagi.
Dia memberi contoh, kanak-kanak gembira mengorek hidung mereka tetapi menghentikan perbuatan itu apabila dewasa disebabkan tekanan masyarakat yang menganggap ianya menjijikkan dan antisosial.
“Saya suka mencadangkan pendekatan baru dengan kanak-kanak digalakkan mengorek hidung mereka. Ia tindak balas semulajadi sepenuhnya secara perubatan, ia idea yang baik” katanya.
Namu apakah sudut pandangan Islam tentang hukum tahi hidung ini bolehkah dimakan?
Prof Bischinger juga mengatakan, jika seseorang bimbang mengenai anggapan jiran, mereka masih boleh mengorek hidung di tempat sulit.
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uGIvJj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment