Habiskan RM15 Ribu Untuk Baju, Wak Doyok Tak Kisah Langsung!
Wak Doyok memang hebat bila sanggup membelanjakan sampai RM15,000 hanya untuk sut yang dipakainya dalam filem Abang Long Fadil 2.
Sut tersebut ditempah khas dari butik terkenal, Lord's Tailor.
"Untuk babak aksi saya gunakan tiga sut yang setiap satunya berharga RM1800 dan ada satu sut berharga RM3500. Kalau kira semuanya dalam RM15,000," katanya kepada Media Hiburan.
Namun katanya ada antara sut tersebut sudah tidak dapat dipakai kerana sudah terkoyak semasa menjayakan babak aksi.
"Tapi saya tak kisah sebab saya bawa brand saya ke dalam filem berkekanaan dan kalau saya nak keluar belanja untuk selitkan brand sendiri di dalam filem, itu jugalah antara jumlah yang perlu saya bayar.
"Jadi saya anggap sebagai give and take dan kos RM15,000 yang dikeluarkan itu berbaloi," tambahnya.
Untung jadi Wak Doyok, tak sabar rasanya nak tengok Wak berlakon. Hebat ke tidak agaknya?
Sumber: CARI
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w6m9nQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment