Hi! Welcome Back and Stay Tune! GAMBAR Sekitar Majlis Perkahwinan Puteri Johor, Tunku Aminah & Dennis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

GAMBAR Sekitar Majlis Perkahwinan Puteri Johor, Tunku Aminah & Dennis

Hari ini berlangsungnya majlis perkahwinan Diraja Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bersama pasangan pilihannya, Dennis Muhammad Abdullah. Perkahwinan yang penuh dengan adat istiadat melayu itu berlangsung di Istana Besar Johor Bahru. Memang sangat anggun sehingga berjaya mencuri perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Pasti anda akan terpegun dengan foto yang dikongsikan ini. Kedua-dua mempelai nampak anggun dan segak menggayakan busana serba putih semasa istiadat pernikahan mereka.
Cantik!
Mencemar duli Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menaiki kenderaan Rolls Rocye memasuki perkarangan istana kira-kira jam 8.45 pagi.
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar serta Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail turut hadir memeriahkan majlis.
Meriah!
Antara keluarga diraja yang mencemar duli menghadiri Istiadat Pernikahan puteri tunggal Sultan Johor itu termasuk Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Tan Sri Mohamad Aziz turut kelihatan di majlis tersebut.
Bagai pinang dibelah dua
Orang ramai boleh mengikuti istiadat persandingan secara langsung di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru malam ini menerusi layar gergasi yang disediakan di Dataran Bandaraya dan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
Sumber Sinar via OhBulan


✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vwXEjc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.