Beri RM5 lepas cabul kanak-kanak 6 tahun, anggota tentera meringkuk di penjara 12 bulan dengan satu sebatan
PUTRAJAYA: Akibat mencabul kanak-kanak perempuan enam tahun dengan memberikan wang RM5 selepas kejadian, seorang anggota tentera terpaksa meringkuk di penjara selama 12 bulan dengan satu sebatan bermula Isnin.
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Wira Mohtarudin Baki yang mengetuai panel tiga hakim mengekalkan hukuman penjara 12 bulan dan satu sebatan yang diputuskan Mahkamah Majistret Sungai Petani, Kedah terhadap Mohd Shahrizal Abdul Halim, 35.
Hakim Mohtarudin yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Seri Zakaria Sam dan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata hukuman oleh Mahkamah Majistret itu adalah berpatutan.
Panel itu membuat keputusan sebulat suara selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan supaya sabitan terhadap responden ( Mohd Shahrizal) dikekalkan dan mendapati rayuan itu mempunyai merit.
Pihak pendakwaan juga memohon untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar yang memerintahkan supaya kes itu dikembalikan ke Mahkamah Majistret untuk dibicarakan semula.
“Perintah Mahkamah Tinggi diketepikan dan digantikan dengan sabitan dan hukuman 12 bulan penjara dengan satu sebatan seperti yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret,” kata Hakim Mohtarudin.
Mohd Shahrizal dihantar ke Penjara Kajang. Isteri dan anaknya turut hadir di mahkamah.
Dia didakwa mencabul kehormatan kanak-kanak itu di sebuah rumah di Sungai Petani, Kedah, antara 12.30 tengah hari hingga 2 petang, antara 7 Ogos hingga 8 Ogos 2012.
Pada masa kejadian responden yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak itu telah pergi ke rumah saudaranya di mana mangsa adalah anak kepada jiran saudaranya.
Mengikut keterangan kes, ketika kejadian responden telah memanggil mangsa yang sedang bermain di luar rumah supaya masuk ke dalam rumah.Dia telah memberi kanak-kanak itu makan dan selepas itu mengajaknya masuk ke dalam bilik.
Selepas mangsa menangis dia kemudiannya memberikan wang RM5 kepada kanak-kanak itu.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun dalam hujahannya berkata mengikut laporan perubatan terdapat lebam pada kemaluan mangsa dan responden juga tidak menafikan dia memberikan wang RM5 itu.
Peguam Anwar Raof yang mewakili responden pula berhujah kejadian cabul itu tidak berlaku kerana keterangan saksi yang juga tuan rumah tempat kejadian menyatakan dia tidak mendengar kanak-kanak itu menangis atau menjerit ketika kejadian.
Pada 5 Mei 2015 Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman 12 bulan dengan satu sebatan terhadap tertuduh selepas didapati bersalah atas pertuduhan itu.
Pada 28 Jun 2016 Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan tertuduh dan memerintahkan supaya kes itu dibicarakan semula di Mahkamah Majistret.
Tidak berpuas hati dengan keputusan Itu, pihak pendakwaan merayu di Mahkamah Rayuan. – BERNAMA
Sumber: Mstar
Sumber Beri RM5 lepas cabul kanak-kanak 6 tahun, anggota tentera meringkuk di penjara 12 bulan dengan satu sebatan
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w3LIa4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment