Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Gambar) Tunku Aminah Mengalir Air Mata Kegembiraan Selepas Bergelar Isteri Yang Sah Kepada Dennis Muhammad Dengan Sekali Lafaz - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Gambar) Tunku Aminah Mengalir Air Mata Kegembiraan Selepas Bergelar Isteri Yang Sah Kepada Dennis Muhammad Dengan Sekali Lafaz


Puteri tunggal DYMM Sultan Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim kini sah bergelar isteri kepada Dennis Muhammad Abdullah dengan sekali lafaz, hari ini.

Dennis Muhammad melafazkan akad itu di dalam bahasa Melayu di Istiadat Akad Nikah yang berlangsung di Istana Bukit Serene disambut dengan air mata kegembiraan oleh Tunku Aminah selepas kini bergelar isteri orang.










Pasangan DiRaja itu dilihat bergaya mengenakan busana tradisional Johor, Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Melayu Teluk Belanga serba putih dinikahkan oleh Mufti Negeri Johor, Dato' Haji Mohd Tahrir Dato Kiyai Haji Samsudin yang diperkenankan oleh Sultan Johor menjadi wakil rasmi baginda di majlis berkenan.

Istiadat pernikahan yang menyusul sejurus selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran itu disaksikan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, serta ahli keluarga dan rakan terdekat.

Hadir sama, ibu bapa pengantin lelaki, Martin dan Henriette Verbaas, ahli keluarga dan rakan terdekat dari Belanda.





Keluarga pengantin wanita yang diwakili Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin lelaki yang diwakili Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim.

Keluarga pengantin wanita dan lelaki bertukar hantaran itu yang dibawa masuk oleh anggota Askar Timbalan Setia Negeri (ATSN).


Antara hadiah yang disampaikan keluarga Diraja Johor buat pengantin lelaki adalah cincin emas,al-Quran, sejadah, persalinan Baju Melayu Teluk Belanga dan sampin, sirih junjung, kek, bunga rampai dan halwa maskat. 

Sumber: Siakapkeli.my


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wIR5sk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.