Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hidup Gelandangan Berubah Kerana Secawan Kopi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hidup Gelandangan Berubah Kerana Secawan Kopi

HANYA secawan kopi namun ia telah merubah kehidupan seorang gelandangan yang dikenali sebagai  David. Jika setahun lalu David merayau sekitar jalan di Chester dengan pakaian buruk dan selekeh namun kehidupannya kini telah berubah.

Lebih menarik, dia berjaya mendapat pekerjaan selepas menjalani proses temuduga semalam. Bagaimanapun tidak dinyatakan pekerjaan yang diperolehinya itu.

Jalan cerita David memang menarik. Ketika menjadi gelandangan, dia telah membawa kupon untuk kopi ke sebuah pusat kebajikan dikenali sebagai Charity Supporting Homeless Assisting Refugees Everywhere (SHARE).

Tidak lama kemudian, David dengan bantuan sukarelawan di SHARE telah membantu David untuk mengubah gaya hidup dan kehidupannya. Mereka juga membantunya untuk membuat resume serta menaikkan semangatnya untuk menjalani temuduga berkenaan.

“12 bulan lalu David datang ke kedai SHARE untuk mendapatkan kopi yang dibelikan oleh seorang yang tidak dikenalinya. David adalah gelandangan dan terpaksa bergelut untuk hidup di jalanan.

“Sejak hari itu, sukarelawan SHARE telah membantu menukar hidupnya.

“Dia datang kepada kami hari ini dan memberitahu bahawa dia sudah mendapat pekerjaan serta mula bekerja pada Selasa,” demikian tulis jurucakap SHARE dalam Facebook sambil memuatnaik gambar David ketika menjadi gelandangan dan gambar terbarunya yang lebih segak serta terurus.

-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Sumber :  eberita



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hXZ9Cb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.