Hi! Welcome Back and Stay Tune! 13 Ogos 2017: Hari Terkuburnya PPBM Mahathir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

13 Ogos 2017: Hari Terkuburnya PPBM Mahathir





Tulisan asal oleh:
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 13 Ogos 2017

Item berita di bawah menceritakan semuanya. Dan anda boleh melihat video kekacauan itu di sini: Nothing To Hide 2.0 Debate Turns Into Chaos When Memali Was Raised (http://ift.tt/2uEmIBW).

Pagi ini, saya menerima beberapa mesej yang bertanyakan mengapa Perdana Menteri Najib Tun Razak tidak akan menghadiri acara dan perbahasan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai 1MDB itu. Pertama sekali, tiada siapa yang menang dalam perdebatan. Kita telah melihat begitu banyak debat oleh beberapa pemimpin kerajaan dan pemimpin pembangkang pada masa lalu dan pada akhirnya tiada apa yang dicapai.

Penyokong kerajaan akan pulang ke rumah dengan mengatakan mereka memenangi debat itu sementara penyokong pembangkang akan pulang dengan mengatakan mereka memenangi debat itu. Kedua-dua pihak akan mengisytiharkan mereka memenangi debat itu dan mereka yang percaya apa yang mereka percaya sebelum debat itu bermula akan terus percaya apa yang mereka percayai selepas debat itu berakhir.

Jika anda fikir satu debat akan mengubah minda orang maka anda adalah bodoh. Sekiranya anda mengadakan debat yang dipanggil "Yang mana adalah wahyu Tuhan yang sebenar, Bible atau Al-Qur'an?" adakah anda fikir umat Islam semua akan menukar ke agama Kristian selepas debat, atau orang Kristian akan masuk Islam?

Kedua-dua pihak akan mengatakan pihak yang lain yang kalah dan bercakap perkara karut. Tiada apa-apa yang akan berubah. Debat hanyalah bertujuan untuk bercakap besar dan berpura-pura bahawa anda menang. Dan anda hanya mengagumkan penyokong anda sendiri yang telah menjadi penyokong anda sebelum debat itu bermula dan akan kekal sebagai penyokong anda pada akhir debat itu.

Jadi mengapa mereka mahu Najib berdebat dengan Mahathir hari ini? Apa yang mereka harapkan untuk dicapai? Atau adakah mereka merancang untuk menyerang Perdana Menteri? Adakah seseorang membawa pistol hari ini dengan niat untuk menembak mati Najib sebaik sahaja beliau melangkah ke pentas? Apakah langkah-langkah keselamatan yang diambil mereka? Atau sudah adakah pistol yang telah diseludup masuk lebih awal ketika mereka menyiapkan dewan?

Saya secara peribadi mengenali seseorang yang menawarkan diri untuk membunuh Najib dengan syarat jika apa-apa berlaku kepadanya kami menjamin bahawa kami akan menjaga keluarganya. Saya memberitahunya untuk berhenti mengarut. Dan orang ini adalah seorang peguam, jadi beliau bukanlah orang kampung bodoh.

Najib mungkin bodoh jika beliau menghadiri debat hari ini. Dan kami sudah menulis tentang perkara ini semalam dalam artikel Mahathir Will Be Shamelessly Shadowboxing Tomorrow. Dalam artikel itu kami berkata:

Sebenarnya Mahathir tak malu. Apa yang beliau nampaknya tidak sedar ialah Najib adalah Perdana Menteri sementara beliau (Mahathir) bukan lagi Perdana Menteri. Jadi Mahathir tidak mempunyai tahap dan status yang sama seperti Najib. Malah, Mahathir sama sekali tidak mempunyai sebarang status. Beliau bukan Ahli Parlimen seperti Najib. Beliau bukan presiden parti seperti Najib. Mahathir bukan sahaja tidak mempunyai status untuk berdebat dengan Najib, tetapi beliau juga tidak mempunyai status untuk berdebat dengan 221 Ahli Parlimen lain kerana beliau langsung tidak memegang sebarang jawatan. (http://ift.tt/2uEdkOO)

Seorang Tok Guru yang terkenal berkata: timba kena cari telaga, bukan telaga cari timba. Ini bermakna anda pergi mencari orang-orang yang mempunyai ilmu, bukan orang yang berilmu yang datang mencari anda. Dalam hal ini jika Mahathir mahu mengetahui mengenai 1MDB maka beliau mesti pergi bertemu Najib, bukan Najib mesti pergi berjumpa dengannya. Mahathir sudah terbalik.

Apa-apa pun, debat hari ini menjadi huru-hara apabila persoalan Memali dibangkitkan. Ini adalah debat 'Nothing to Hide' tetapi Mahathir cuba menyembunyikan kebenaran. Mahathir masih berkeras mengatakan bahawa beliau berada di China ketika Memali berlaku walaupun Tun Musa Hitam telah mendedahkan bahawa Mahathir bersembunyi di pejabatnya di Kuala Lumpur dan tidak pergi ke China sehingga keesokan harinya.

Acara hari ini adalah urusan PPBM semata-mata. Tidak ada orang Umno atau PAS di sana. Jika Najib telah menghadiri acara itu maka tempat itu akan dibanjiri dengan penyokong Umno dan PAS. Walaupun dengan hanya penyokong PPBM debat itu berubah menjadi huru hara. Bolehkah anda bayangkan apa yang akan berlaku di sana jika penyokong Umno dan PAS turut serta dengan sekitar 1,500 orang yang hadir itu?

DAP terus memberitahu orang Cina bahawa Mahathir telah berubah, beliau sudah memperbaiki dirinya, dan sebagainya. Syarat pertama untuk memperbaiki diri ialah untuk mengakui jenayah atau dosa anda dan meminta pengampunan serta berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Mahathir enggan mengakui jenayah dan dosa-dosanya. Jadi perubahan apa yang DAP katakan? Dan inilah yang mengecewakan ramai orang hari ini dan menjadikan keadaan huru-hara. Satu-satunya perubahan dalam Mahathir ialah pada masa lalu beliau membenci DAP dan sekarang beliau membenci Umno dan menyukai DAP.

Kekacauan hari ini hanyalah seddikit daripada apa yang boleh dijangkakan akan berlaku pada pilihan raya umum akan datang. DAP dan Pakatan Harapan telah menyebarkan kebencian untuk terlalu lama. Dan ini mempunyai akibatnya. Dan hari ini adalah contoh akibatnya.

Adakah anda berfikir bahawa bermain kad kebencian tidak akan mendatangkan sebarang akibat? Hari ini terdapat begitu banyak kebencian, namun ianya hanyalah antara PPBM dan penyokong PPBM. Apa yang anda fikir akan berlaku hari ini jika Najib muncul dan 5,000 penyokong Umno datang bersamanya untuk menghadapi 1,500 orang penyokong PPBM?

Biar saya beritahu apa yang akan berlaku. Pertama, orang Melayu dari Umno dan orang Melayu dari PPBM akan bergaduh berhabis-habisan. Kemudian huru-hara itu akan merebak ke jalan-jalan dan beberapa orang Melayu akan melepaskan geram mereka ke atas orang Cina. Dan kemudian 13 Ogos 2017 akan menjadi fasa kedua 13 Mei 1969.

Dan jika anda fikir itu tidak akan berlaku, minta PPBM untuk menganjurkan debat Nothing To Hide 3.0 dan cabar Pemuda Umno untuk turut serta jika mereka benar-benar anak jantan. Dan pada hari itu, ramai orang Cina akan lari ke Singapura selama beberapa hari, sebagai langkah berjaga-jaga, dan akan kembali ke Malaysia hanya apabila keadaan tenang semula.

Percayalah saya mengenai perkara ini. Pada pendapat anda, mengapa DAP menyokong debat Nothing To Hide 2.0 hari ini? Ini kerana DAP mahu melihat orang Melayu bergatuh antara satu sama lain berhabis-habisan supaya mereka dapat mengukur betapa dasyatnya orang Melayu telah berpecah dan sama ada ia boleh membantu Pakatan Harapan yang dipimpin oleh DAP memenangi pilihan raya umum akan datang. Sebaliknya, apa yang disaksikan DAP adalah hari PPBM terkubur.

Ya, 13 Ogos 2017, hari PPBM terkubur. PPBM sudah tamat. Ia hanya mempunyai 29,000 ahli dan semuanya sama seperti yang anda saksikan hari ini. Adakah anda rasa orang Cina berani untuk mengundi Pakatan Harapan apabila mengetahui bahawa PPBM adalah sebahagian daripada pakatan itu dan Melayu PPBM adalah seperti yang anda lihat hari ini?

Orang Cina tahu bahawa apa yang mereka lihat hari ini adalah apa yang akan mereka lihat pada pilihan raya umum akan datang. Sebenarnya, ramai orang Cina mungkin tidak akan keluar untuk mengundi dan sebaliknya akan pergi bercuti semasa pilihan raya umum akan datang.

PPBM bukan sahaja membunuh dirinya sendiri hari ini. Mereka membunuh Pakatan Harapan yang dipimpin DAP juga. Sekarang, orang Cina tidak pasti sama ada Tsunami Cina adalah idea yang baik jika apa yang mereka lihat hari ini adalah apa yang akan mereka lihat pada malam Hari Mengundi PRU14.

Syabas PPBM. Anda mencapai apa yang tidak mungkin dicapai oleh Umno. Anda menunjukkan bahawa politik kebencian mempunyai akibatnya. Dan orang Cina tidak akan mahu menerima akibat itu jika ini adalah bagaimana PPBM memainkan politik.

****************** 

Rusuhan meletus di tempat acara Nothing To Hide 2.0 yang dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad, di sini malam ini.

Kejadian itu bermula kira-kira jam 5.30 petang yang menyaksikan suar dibakar dan dibaling ke arah pentas, diikuti oleh botol air dan kerusi, sebelum orang ramai mula mengejar beberapa orang ke kawasan parkir bertentangan dengan Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di mana acara itu diadakan.

Kekacauan di dalam dewan itu juga melihatkan satu lagi suar yang dilemparkan ke arah bahagian di mana ahli media sedang duduk.

Ia berlaku sejurus selepas penonton bertanya bekas perdana menteri mengenai kejadian Memali di Kedah pada tahun 1985, dan sama ada Dr Mahathir bertanggungjawab atas kejadian yang menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh.

Dr Mahathir bagaimanapun tidak mendapat peluang untuk menjawab soalan itu apabila provokasi bermula ketika beliau baru mula untuk berbicara.

Beliau kemudian diiring ke kawasan selamat, bersama isterinya Tun Dr Siti Asmah Mohd Ali dan pemimpin Pakatan Harapan yang lain. Mereka dipercayai telah dibawa ke kereta mereka.

Wartawan New Straits Times yang hadir melihat beberapa orang penonton, termasuk yang memakai baju T sayap pemuda Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, diserang di tempat letak kereta.

Satu kumpulan juga mula melepaskan kemarahan mereka terhadap ahli media kerana mengambil gambar mereka, dan menolak beberapa jurugambar. Difahamkan beberapa wartawan termasuk wartawan wanita juga ditendang oleh penyerang yang tidak dikenali.

Insiden ini berterusan selama kira-kira setengah jam, di mana orang ramai juga mengejar seorang lelaki masuk semula ke dalam dewan dan mula memukulnya, sebelum sekumpulan lelaki yang dipercayai anggota keselamatan untuk acara itu melindungi lelaki tersebut dari kumpulan itu.



Link asal artikel:
http://ift.tt/2vUg9PJ

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w5tuEu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.