Kenapa Telefon Pintar Anda Cepat Panas?
Peranti elektronik biasanya akan menjadi sedikit panas apabila ianya sedang berfungsi. Ia adalah kesan sampingan yang hampir tidak dapat dielakkan bagi mana-mana peranti, baik ketika sedang dicaskan atau sedang dikendalikan. Ia bukan sahaja melibatkan peranti seperti telefon pintar atau tablet, peranti lain seperti laptop, TV berdefinisi tinggi atau kotak dekoder Astro pun boleh terasa panas apabila disentuh.
Walaupun peranti elektronik menjadi panas itu adalah normal, tidak bermakna ianya adalah sesuatu yang bagus. Bagi pengguna, menggunakan peranti yang sedang kepanasan bukanlah sesuatu yang menyeronokkan, malah ia akan mewujudkan kebimbangan kalau-kalau ia mampu mendatangkan kecederaan kepada pengguna.
Menurut kajian, bateri lithium-ion pada kebiasaannya menyimpan 40 peratus cas dan mengeluarkan haba pada sekitar 40 darjah Celcius apabila digunakan. Ia boleh meningkat lebih tinggi lagi jika dibiarkan pada charger seharian seperti yang biasa dilakukan oleh pengguna laptop.
Oleh itu, apa yang boleh dilakukan oleh pengguna telefon pintar apabila berhadapan dengan situasi peranti menjadi panas?
Terdapat tiga punca utama yang biasa dikaitkan dengan mengapa telefon pintar anda menjadi panas;
Isyarat selular yang lemahBeban pemprosesan yang melampauMengecas bateri
Isyarat selular yang lemah
Di Malaysia, isyarat telekomunikasi untuk capaian internet mudah alih oleh syarikat-syarikat telco tidak konsisten. Ia mungkin disebabkan jumlah pengguna telefon mudah alih di Malaysia yang semakin berkembang dan ditambah pula dengan kekangan prasarana di sesetengah tempat terutamanya di kawasan pedalaman.
Kesannya, telefon pintar atau tablet kita akan berterusan mencari isyarat telekomunikasi hingga memberikan kesan terhadap penggunaan tenaga bateri serta menjadikan peranti lebih cepat panas.
Malangnya, untuk masalah ini tidak ada lagi penyelesaian secara total melainkan anda perlu menutup sementara penggunaan data selular pada peranti anda.
Beban pemprosesan yang melampau
Seperti yang telah dinyatakan pada awal artikel ini, pemprosesan telefon pintar atau tablet mampu menjanakan haba yang agak tinggi pada satu-satu masa. Semakin banyak proses yang dilakukan, semakin panas lah jadinya pemproses itu. Ia juga boleh menjadi panas ketika sedang mendapatkan isyarat selular dari telco atau terdapat aplikasi-aplikasi yang sedang berjalan pada background.
Anda mungkin boleh mengurangkan penggunaan pemprosesan peranti anda dengan mematikan sesetengah aplikasi-aplikasi yang dirasakan tidak diperlukan pada tetapan telefon pintar atau tablet anda.
Mengecas bateri
Aktiviti mengecas bateri peranti secara umumnya adalah selamat dilakukan jika kena pada caranya. Jika tersalah langkah, seperti menggunakan pengecas tiruan atau yang sudah rosak, ia mampu mengundang bahaya.
Sebagai langkah keselamatan, cuba elakkan dari menggunakan pengecas tiruan. Biarlah bermodal sikit mendapatkan pengecas yang asli dari pengeluar peranti asalkan anda selamat.
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uFI16l
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment