Pengeluaran Industri Zon-Eropah Jatuh Lebih Dari Jangkaan
Pengeluaran industri dalam 19 negara yang menggunakan matawang Euro jatuh lebih daripada jangkaan pada Jun berikutan pengeluaran modal dan barangan tahan lama (durable goods) yang jatuh mendadak seperti yang dilaporkan oleh Pejabat statistik Eropah pada Isnin.
Pengeluaran perkilangan paling banyak merekod kejatuhan di Ireland dan Malta, manakala dua ekonomi terbesar Zon-Eropah iaitu Jerman dan Perancis turut mencatat kejatuhan. Walaubagaimanapun, Belanda dan Itali menunjukkan kenaikan pengeluaran pada tempoh sama.
Secara keseluruhan, pengeluaran industri di Zon Eropah jatuh sebanyak 0.6% pada Jun tetapi masih meningkat 2.6% dari tahun ke tahun.
Selepas kenaikan 2.2% pada Mei, pengeluaran barangan modal seperti mesin jatuh 1.9%. Pengeluaran dalam barangan pengguna seperti mesin jatuh 1.2% pada Jun berbanding kenaikan 1.4% pada Mei.
Data ini biasanya tidak memberi kesan yang besar kepada pasaran kerana data Perancis dan Jerman yang mewakili 50% pengeluaran dikeluarkan lebih awal.
Minggu ini pasaran Eropah akan memberi tumpuan kepada data pertumbuhan ekonomi Jerman dan Zon Eropah yang masing-masing dikeluarkan pada Selasa dan Rabu.
The post Pengeluaran Industri Zon-Eropah Jatuh Lebih Dari Jangkaan appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vU2p7m
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment