Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pegang erat pos pelanggan biarpun kemalangan: Kakitangan Pos Malaysia diangkat sebagai ikon, dapat RM500 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pegang erat pos pelanggan biarpun kemalangan: Kakitangan Pos Malaysia diangkat sebagai ikon, dapat RM500

KAKITANGAN Pos Laju yang kisahnya tular pada September tahun lalu apabila memegang erat barangan pelanggan walaupun cedera akibat kemalangan, diangkat sebagai Ikon Pos Malaysia, semalam.

Mohd Nazli Mohd Idris, 32, ketika dihubungi Harian Metro, hari ini berkata, dia terkejut dan terharu apabila diberitahu pada saat-saat akhir untuk hadir ke acara berkenaan.

Pegang erat pos pelanggan biarpun kemalangan: Kakitangan Pos Malaysia diangkat sebagai ikon, dapat RM500

Pegang erat pos pelanggan biarpun kemalangan: Kakitangan Pos Malaysia diangkat sebagai ikon, dapat RM500

 

“Pelantikan sebagai ikon ini adalah sempena Program Kami Sampaikan Pakej Keceriaan yang diadakan di Pusat Mel Nasional Shah Alam. Alhamdulillah, rezeki saya dapat wang tunai RM500.

“Pihak pengurusan beritahu, apa yang kita lakukan dan menjadi prinsip hidup kita, orang luar akan pandang nilai murni itu antaranya amanah, cekap dan bertanggungjawab,” katanya yang masih bertugas dengan Pos Laju Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Lantikan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh.

Portal Harian Metro (HM) menyiarkan kisah Mohd Nazli pada 9 September tahun lalu selepas gambarnya memegang bungkusan pelanggan tular di Facebook (FB).

Paling menyentuh hati, gambar Mohd Nazli memegang telefon bimbit membuat panggilan kepada pelanggan walaupun dalam keadaan kesakitan, turut dikongsi.

Kemalangan di Simpang Ampat, Pulau Pinang pada 4 petang 8 September membabitkan kereta dipandu lelaki dan menyebabkan Mohd Nazli cedera di siku, pinggang, lutut, bahu dan belakang badan.

“Pada waktu itu, bagi saya sakit letak tepi. Amanah perlu dilaksanakan. Sejak itu, memang ramai yang kenal saya dan kagum dengan apa yang berlaku.

“Kawan-kawan bergurau dengan saya kadang-kadang paggil saya dengan gelaran Datuk. Macam-macam. Apapun saya syukur Alhamdulillah, satu persatu rezeki diterima,” katanya yang juga penerima Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang hujung tahun lalu.

Mohd Nazli berkata, dia belum terfikir untuk menukar kerjaya selepas enam tahun berkhidmat malah bertekad untuk terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.

Sumber: Metro



Sumber Pegang erat pos pelanggan biarpun kemalangan: Kakitangan Pos Malaysia diangkat sebagai ikon, dapat RM500

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vGX6Iw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.