Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penilaian KDNK Dalam Dolar Tidak Sesuai Untuk Ekonomi Yang Matang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penilaian KDNK Dalam Dolar Tidak Sesuai Untuk Ekonomi Yang Matang

Hari ini The Edge melaporkan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan Dua, menyatakan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dalam US dolar tidak sesuai untuk ekonomi yang matang dan komplex seperti Malaysia.

“Aktiviti ekonomi di Malaysia diukur berdasarkan transaksi daripada perbelanjaan isi rumah, perniagaan, dan aktiviti kerajaan dalam ringgit. Jadi penilaian dalam ringgit lebih mencerminkan situasi ekonomi kita,” jelas beliau.

Menjawab kepada kenyataan Presiden Federation Malaysia Manufactures, Tan Sri Dr Lim Wee Chai berkenaan KDNK Malaysia untuk suku tahun kedua tidak berkembang jika dihitung menggunakan dolar, Johari berkata KDNK dilaporkan menggunakan harga yang tetap dimana telah mengambil kira kesan keatas nilai dan pergerakan pertukaran matawang.

“Dalam kata yang lain, KDNK hanya menunjukkan perubahan pada jumlah barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh negara. Kompilasi KDNK ini konsisten dengan piawaian antarabangsa seperti yang ditetapkan oleh bank dunia dan Dana Monetari Antarabangsa (IMF). Kaji selidik oleh Jabatan Statistik adalah luas dan termasuk keseluruhan sektor ekonomi” kata Datuk Johari lagi.

“Oleh kerana hal ini diterima dan mencapai piawaian antarabangsa, saya ingin menjelaskan bahawa menilai KDNK dalam USD tidak sesuai untuk ekonomi yang matang dan komplex seperti Malaysia. Tidak juga sesuai pada ekonomi yang tidak menggunakan dolar ”

“Pada ekonomi yang menyandarkan matawang dengan US dolar, mereka akan hilang kebebasan berpolisi dan fleksibiliti, sekaligus boleh menjatuhkan kedaulatan negara”, tambah beliau lagi.

Berkenaan kenyataan Dr. Lim menerusi the Edge semalam, Datuk Johari turut menjelaskan bahawa kenyataan seperti ini boleh menimbulkan kekeliruan serta mencerminkan pemahaman yang lemah bagimana ekonomi berfungsi”.

“Malaysia telah merekodkan perkembangan KDNK yang baik sebanyak 5.8% untuk suku tahun kedua dan 5.6% untuk suku tahun pertama 2017, berbanding suku tahunan yang sama 2016. Sebagai rakyat Malaysia, saya menyeru supaya seluruh rakyat menerima perkembangan ini. Marilah kita bersama bekerja keras untuk mencapai pertumbuhan sepanjang tahun ini”, jelas beliau menutup ucapannya.

The post Penilaian KDNK Dalam Dolar Tidak Sesuai Untuk Ekonomi Yang Matang appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gb0zsM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.