Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyokong Indonesia Dakwa Diserang Selepas Tamat Aksi Separuh Akhir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyokong Indonesia Dakwa Diserang Selepas Tamat Aksi Separuh Akhir

Polis sedang mengesan sekumpulan suspek yang didakwa memukul penyokong pasukan Indonesia di perkarangan hentian bas di Persiaran Sukan, Seksyen 13, di sini kira-kira 3.45 pagi Ahad.

 

Penyokong Indonesia Dakwa Diserang Selepas Tamat Aksi Separuh Akhir

Penyokong Indonesia Dakwa Diserang Selepas Tamat Aksi Separuh Akhir

 

 

 

Insiden itu berlaku selepas Malaysia menumpaskan Indonesia 1-0 pada aksi separuh akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Shah Alam, malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata mangsa berusia 30 tahun itu membuat laporan polis kira-kira pukul 4 pagi Ahad.

Jelas beliau, lelaki tersebut bersama beberapa rakannya sedang menunggu di perhentian bas dekat Persiaran Sukan di sini sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang bertindak mencetuskan kekecohan.

 

Shafien berkata mangsa mendakwa ditumbuk salah seorang suspek dan mengalami kecederaan di tangan ketika cuba melarikan diri.

Mangsa menerima rawatan pesakit luar di Hospital Shah Alam.

Dalam pada itu, Shafien turut mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian letupan mercun yang dilontar dari tempat duduk penyokong Malaysia ketika perlawanan separuh akhir itu.

Beliau berkata laporan polis berkenaan dibuat anggotanya yang bertugas mengawal keselamatan di dalam stadium selepas tamat perlawanan.

“Siasatan mengenai insiden ini sedang dijalankan dan polis memandang serius terhadap isu keselamatan semua pihak termasuklah penonton, pemain dan pegawai yang berada di stadium,” katanya.

Sementara siasatan dijalankan, pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat agar menyalurkannya kepada pihak polis dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini.

Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Dalam sidang media selepas perlawanan itu pada Sabtu, Ketua Jurulatih Indonesia Luis Milla Aspas  mendakwa beberapa pemainnya cedera akibat terkena mercun yang didakwa dilontar dari tempat duduk penyokong Malaysia ketika sedang memanaskan badan.

Sumber: Mstar



Sumber Penyokong Indonesia Dakwa Diserang Selepas Tamat Aksi Separuh Akhir

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wAGTou

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.